Business Leader Conference di Sunway Pyramid Convention Center

Alhamdulillah, pada 18 Februari yang lepas, Jiha dan suami telah dijemput untuk menghadiri Business Leader Conference di Sunway Pyramid Convention Center. Event kali ini agak berlainan dari event National Conference. Di National Conference, business leaders diraikan hasil pencapaian pada cycle yang lepas. Naik pentas terima award, rasa macam artis sangat hehehe.

Bakal Master Coordinator December 2017

Business Leader Conference ini pula pertama kali diadakan di Malaysia. Banyak perkongsian dari pihak Shaklee dengan tema 'BUILT TO LAST'. Sangat powerful tema ini. Kita bina bisnes Shaklee ini secara konsisten dan berkembang dan berkekalan. Shaklee sudah 100 tahun di pasaran dan permintaan terhadap supplemen Shaklee sentiasa ada. 

Dengan reputasi syarikat dan produk nya yang sentiasa selamat, berkesan dan efektif ni, Jiha dan #teamIron akan pastikan terus buat dan capai apa insentif yang Shaklee sediakan. Misi kami adalah untuk memberi kebaikan kepada semua baik dari segi kesihatan mahupun kewangan. 

Bisnes Shaklee ini boleh diwariskan kepada anak-anak kita kelak bila kita sudah tiada. Jadi tanggungjawab kita lah untuk bina bisnes yang stabil dan berjaya supaya dapat diwariskan kepada anak-anak nanti. Dah tak boleh goyang kaki, tak boleh terlalu selesa di dalam zon selesa. Kalau sekarang kita rasa susahnya hidup, ekonomi teruk, apalah nasib anak-anak kita kelak ni. 

Antara Ireach Leaders yang hadir
Shaklee adalah bisnes yang tepat. Dan paling penting sekali untuk ada dalam kumpulan yang tepat. Support yang sentiasa strong. And akhir sekali 'It Starts With You'. Kalau bersungguh nak berjaya, pasti, InsyaAllah boleh.

Sertai group kami hari ini. Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi Jiha di 0123807024 (whatsapp) atau email ke sitinajihah83@gmail.com

Supplement Yang Selamat Perlu ada Landmark Study

Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera,

Rakyat Malaysia kini sudah semakin sedar tentang keperluan makanan tambahan@supplement untuk kesihatan mereka. Dan kini terlalu banyak produk supplement di pasaran. Adakah semua supplement selamat? Bagaimana mahu memilih supplement yang terbaik?


Jadi sebagai pengguna yang bijak, adakah kita akan memilih supplement berdasarkan;

  • testimonial sahaja?
  • cakap-cakap sahaja tanpa clinical study?
  • tagline catchy produk tersebut?
Rasanya pengguna Malaysia sudah lebih bijak sekarang ni kan. Ini adalah perkara penting yang perlu ada dalam pemilihan supplement.

Bagaimana Memilih Supplement Yang Selamat dan baik?

  1. Prinsip company yang baik. Ingin membantu manusia hidup dengan lebih sihat.
  2. Syarikat yang lama dan kukuh, serta mempunyai reputasi yang tinggi.
  3. Mempunyai R&D department yang kuat. Pakar dan perlatan makmal yang berteknologi tinggi dan terkini.
  4. Formula dihasilkan melalui penyelidikan saintifik.
  5. Nutritional research 
  6. Memberi komitmen kepada pelanggan dan juga alam sekitar.
  7. Mempunyai bukti yang produk benar-benar selamat dan berkesan.
Shaklee mempunyai semua kriteria di atas. Point no 7 iaitu 'Mempunyai bukti yang produk benar-benar selamat dan berkesan' adalah antara yang terpenting dalam pemilihan supplement kan.
Shaklee terbukti berkesan melalui clinical study, ratusan published paper dan juga Landmark Study yang dijalankan oleh third party.

Landmark Study adalah study yang membuktikan, pengguna Shaklee lebih sihat daripada pengguna supplement jenama lain dan juga mereka yang tidak ambil sebarang supplement. Baca lebih lanjut di sini --> Landmark Study by Professor Emerita Gladys Block

 Prof. Emerita GLADYS BLOCK
Prof. Emerita GLADYS BLOCK

Adakah Landmark Study boleh dipercayai?

Shaklee tiada kuasa terhadap keputusan kajian ini. Prof Emerita Gladys Block yang mempunyai kuasa dan mengawal semua data yang diperolehi dan akan publish samada ianya menunjukkan keputusan yang memihak Shaklee ataupun tidak. Sekiranya terdapat sebarang penipuan dalam data, pihak universiti boleh memecat beliau.

Peer Review menyokong kesahihan method dan keputusan.

Study ini juga telah melalui proses Peer Review di mana Peer Review adalah proses tertinggi dalam bidang sains yang menentukan samada ianya baik ataupun tidak. Beberapa pakar akan menyertai proses ini dan mereka boleh menolak@reject paper dari study ini sekiranya mereka tidak menyetujui hipotesis, experimental design, tiada data yang cukup, cara data dianalisa, tidak setuju dengan kesimpulan kajian.  

Jadi Landmark Study sangat penting apabila anda ingin memilih supplement untuk kesihatan. Untuk makluman, hanya Shaklee sahaja yang berani menerima pelawaan Professor Emerita Gladys Block untuk study ini. Tiada syarikat lain yang berani publish data mereka sekiranya keputusan yang dapat adalah buruk. Keputusan menunjukkan pengguna Shaklee mempunyai tahap micronutrient yang lebih baik dan tahap kesihatan yang lebih sihat.

Untuk pertanyaan lanjut mengenai supplement Shaklee, boleh hubungi saya, Najihah Razali di 0123807024 (whatsapp) ataupun email ke sitinajihah83@gmail.com

Sering tidak sihat tanda sistem imun lemah

Immune System badan kita memang canggih dan terbaik Allah ciptakan. 

Tapi kita lah kena maintain supaya badan dalam keadaan yang bagus kan. Betul tak?

Ada sejenis sel dalam badan kita iaitu Phagocytes. Sel ni dia bertindak sebagai 'Askar' la. Kalau ada je bendaasing iaitu Pathogen seperti 'bad proteins', virus, bacteria, parasites yang masuk dalam badan kita, 'Askar' ni akan kejar dan makan pathogen tu. 


Pathogen ni lah juga yang menyebabkan kita dijangkiti penyakit. Jadi kalau dijangkiti penyakit, maknanya pathogen terlalu banyak dan 'Askar' kita lemah.

Bukan senang nak maintain supaya Immune System berada dalam keadaan yang baik. Supaya 'Askar' sentiasa bertenaga dan kuat. Banyak faktor seperti pemakanan moden yang tidak sihat, persekitaran, penggunaan bahan kimia berbahaya dalam produk harian yang kita gunakan yang menyebabkan 'Askar' kita tidak sihat, tidak bertenaga.

Jadi sebab tu lah kita kena boost Immune System kita. Jaga pemakanan tu sangat penting. Di samping tu Jiha juga amalkan dua ni iaitu VIVIX & NUTRIFERON.



Vivix membantu mempertingkatkan TENAGA SEL. Jadi 'Askar' kita sentiasa bersedia. Bertenaga untuk melawan pathogen. Bila 'Askar' ni sense je ada Pathogen, dia akan segera signal kat rakan 'Askar' dia yang lain dan ramai-ramai akan pergi menyerang si Pathogen tu hahahahahaha.

Nutriferon pun adalah satu-satunya Interferon semulajadi. Interferon membantu merangsang dan mempertingkat secara keseluruhan immune system dengan mengerahkan sistem pertahanan semulajadi tubuh berfungsi untuk membunuh Pathogen ni.

Jadi kalau asek tak sihat tu, maknanya immune system memang berada dalam keadaan yang lemah. Jiha suggest amalkan lah dua supplement yang sangat best ini iaitu Vivix dan Nutriferon. Banyak sangat manfaat nya. Menyokong kesihatan seluruh tubuh badan kita.

Untuk info lanjut dan pembelian. Boleh hubungi Jiha ye 


Whatsapp 0123807024

7 Tanda Anda Mungkin Mempunyai Masalah Buah Pinggang

Assalammualaikum,


Ramai di antara kita sentiasa merasakan diri kita sihat dan menjadikan ini sebagai alasan untuk tidak menjalani pemeriksaan kesihatan. Tahukah kita bahawa penyakit kronik tidak menunjukkan apa2-apa tanda sehingga lah ia menjadi kronik. 

Salah satu penyakit kronik yang banyak dilapurkan kini adalah kerosakan buah pinggang yang mana pada akhirnya doktor memilih untuk membuang buah pinggang tersebut. 



Tanda-tanda awal yang memungkinkan anda mempunyai masalah buah pinggang.

1. Tubuh badan mudah letih
2. Mudah penat dan semput apabila melakukan aktiviti lasak
3. Ketidakselesaan atau rasa terbakar apabila membuang air kecil
4. Darah keluar bersama-sama air kecil
5. Perubahan pada kekerapan membuang air kecil, kerap membuang air kecil pada waktu malam
6. Sakit belakang
7. Bengkak pada pergelangan kaki dan mata

Jika anda mempunyai tanda-tanda di atas, saya nasihatkan cepatlah membuat pemeriksaan kesihatan dan jika anda memang dah disahkan mengalami masalah buah pinggang, anda terpaksa lalui pelbagai jenis rawatan dan terpaksa mengambil pelbagai jenis ubat.

Yang lebih kronik anda mungkin terpaksa menjalani dialisis seumur hidup.

Jadi, harini saya ingin berkongsi pilihan alternatif kepada pesakit buah pinggang untuk membantu mengatasi masalah mereka iaitu dengan pengambilan VIVIX.

6 Cara Bagaimana Vivix Bantu Pesakit Buah Pinggang.

Bahan aktif dalam vivix yang menjadikan Vivix antioksidan terunggul adalah resveratrol. Mengikut kajian, resveratrol membantu pesakit buah pinggang melalui cara:

  • Antioksidan; Mengurangkan tekanan oksidatif pada sel nephron buah pinggang dan mengelakkan berlaku kerosakan yang lebih teruk pada saraf buah pinggang
  • Meningkatkan struktur dan bentuk buah pinggang yang normal
  • Mengurangkan pengumpalan platlet pada buah pinggang
  • Mengembangkan salur darah pada buah pinggang
  • Mengurangkan proses lipid peroksida
  • Mengurangkan kematian sel saraf buah pinggang
Vivix pilihan utama pesakit buah pinggang. Sekiranya anda atau orang tersayang mengalami masalah buah pinggang, boleh la ikhtiar dengan Vivix.Untuk maklumat lanjut dan pembelian, boleh hubungi saya menerusi whatsapp di 0123807024 (Najihah Razali)


Testimoni Vivix untuk masalah buah pinggang




Pembelian Vivix


 Klik Untuk Pembelian

Untuk maklumat lanjut dan untuk lebih PENJIMATAN, boleh hubungi saya di whatsapp : 
Najihah 0123807024

Disangka Gatal kulit biasa, rupanya SLE. Ketahui Gejala Penyakit SLE

Pertama kali tahu tentang penyakit SLE apabila dapat perkhabaran sedih yang kawan seperjuangan masa degree dulu dijemput ilahi kerana penyakit SLE. Belum sempat arwah hadir ke majlis Konvokesyen. Allah lebih sayangkan arwah, baik orangnya. Sem akhir dulu Jiha kerap ke klinik Uitm sebab gigi bongsu keluar dan kerap demam, jadi selalu bertembung dengan arwah di klinik Uitm. Arwah kata kulit dia gatal-gatal, mungkin alahan. Rupanya itu lah SLE, sudah menyerang organ terbesar arwah iaitu kulit. Sejak dapat tahu tentang penyakit SLE, Jiha terus google untuk ambil tahu apakah SLE.

Contoh SLE pada kulit


Apakah SLE?

SLE ialah singkatan untuk Sistemik Lupus Eritematosus, atau Lupus adalah penyakit kronik 'autoimmune' di mana antibodi bertindakbalas dengan tisu badan seseorang pesakit itu sendiri. Dalam kata lain, antibodi menyerang dan menjejaskan beberapa sistem tubuh seperti kulit, sendi, buah pinggang, paru-paru, sistem saraf atau organ-organ lain di dalam badan. Penyakit SLE ada masanya tidak aktif, dapat dikawal (remission), dan ada masanya SLE akan aktif (relapse)

Gejala SLE

  1. Radang Kulit
  2. Sakit sendi (arthiritis)
  3. Kerap demam
  4. Keletihan melampau
  5. Penurunan berat badan
  6. Tompok-tompok merah menyerupai kupu-kupu di pipi dan hidung.
  7. Tompok-tompok merah di kawasan kulit yang terdedah kepada sinaran matahari
  8. Ulser di mulut dan hidung berlarutan lebih sebulan
  9. Rambut gugur secara bertompok-tompok atau di sekeliling (hair line)
  10. Sawan, strok dan gangguan mental
  11. Risiko untuk mendapat darah beku
  12. Kerap keguguran bayi
  13. Darah atau protin dalam air kencing menunjukkan gangguan sistem buah pinggang
  14. Bilangan sel darah putih atau sel darah merah rendah

Terdapat beberapa jenis Lupus;

1. Sistemik Lupus Eritematosus (SLE)

Juga dipanggil lupus dimana gejala mungkin sederhana atau serius. SLE kebiasaannya menyerang mereka yang berumur di antara 15 hingga 45 tahun. Terdapat sebilangan yang di bawah umur 15 tahun dan lebih dari 45 tahun.

2. Diskoid Lupus Eritmatosus (DLE)

Juga merupakan penyakit kulit yang kronik di mana tompok-tompok merah (malar rash) di muka, kulit kepala, bahagian badan, kaki dan tangan. Kulit akan menjadi lebih tebal dan bersisik dan mungkin akan meninggalkan parut. Ianya boleh berlarutan hingga beberapa hari atau tahun dan kemungkinan akan berulang setelah sembuh. Sebilangan kecil mereka yang menghidap DLE boleh mendapat SLE.

3. Lupus Neonatal

Boleh terjadi kepada bayi yang dilahirkan oleh pesakit SLE. Bayi akan mendapat radang kulit, masalah hati dan masalah darah , low blood counts.Gejala ini akan hilang sedikit demi sedikit dalam masa beberapa bulan. Walaubagaimanapun kes ini jarang terjadi tetapi bayi yang dilahirkan dengan masalah neonatal lupus, bayi mungkin juga akan mengalami masalah jantung yang mengganggu perjalanan jantung.

Organ-Organ Terjejas 

SLE boleh menjejaskan organ-organ dalam tubuh seperti buah pinggang, paru-paru, sistem saraf, saluran darah, darah dan jantung. 

Buah Pinggang
Keradangan pada buah pinggang ataupun Nephritis mengurangkan keupayaan buah pinggang membuang sisa toksin dalam air kencing. Pesakit yang mengalami gangguan buah pinggang biasanya tidak merasa sakit tetapi mungkin mengalami masalah bengkak kaki. Ujian darah dan ujian urin boleh menunjukkan samada buah pinggang terjejas atau tidak. 

Paru-paru
Keradangan pada lapisan paru-paru atau Pleuritis boleh mengakibatkan sakit dada atau sakit dada semasa menarik nafas. Pesakit SLE juga boleh mendapat kuman dalam paru-paru iaitu pneumonia.

Sistem Saraf
SLE boleh menjejaskan otak atau saraf. Pesakit akan mengalami simptom seperti sakit kepala, pening, cepat lupa, kabur penglihatan, sawan, strok atau perubahan kelakuan.

Saluran darah
Vaskulitis iaitu keradangan pada saluran darah boleh mengakibatkan pengaliran darah ke seluruh tubuh terganggu.

Darah
Pesakit SLE mungkin akan mengalami masalah kekurangan darah, kekurangan bilangan sel darah putih ataupun kekurangan bilangan platlet.

Jantung
Pesakit SLE berisiko mendapat sakit jantung seperti keradangan pada tiga lapisan jantung. Pesakit akan merasa sakit dada ataupun gejala lain. Pesakit SLE juga berisiko tinggi untuk mendapat Arteriosclerosis iaitu masalah pembuluh darah yang keras.

Vivix bersifat anti keradangan

Vivix daripada Shaklee adalah minuman botani yang kaya dengan resveratrol dan poliphenol yang sangat bersifat anti keradangan dan boleh membantu mengurangkan gejala SLE dan organ-organ dari terjejas.

Testimoni Vivix oleh Pesakit SLE

1. Kisah Puan Iffa

'Hari ini Iffa ingin bercerita tentang satu potion ajaib dari SHAKLEE yang telah Iffa amalkan selama hampir 5 bulan untuk merawat/mengubati masalah SLE/MCTD/RAatau lebih mudah Iffa katakan, sakit autoimmune yang masih menjadi misteri puncanya.. Tentu ramai yang telah tahu tentang masalah kesihatan Iffa ini..mungkin ramai juga yang tidak mengetahuinya kerana jika anda bertemu Iffa secara face to face, pasti anda semua tidak akan percaya, tubuh yang comel dan ceria ini menanggung derita sakit yang tiada penawarnya(itu kata doktor sains).Sedikit latar belakang tentang Iffa dan sakit iffa:
  • Sejak zaman kanak-kanak selalu mengalami sakit dada, muka n kulit pucat - anemia
  • 1998 - Warded kerana alahan kepada ubat tahan muntah setelah demam yang tak kebah2
  • 1998 - 2002 : Sepanjang sesi persekolahan di asrama, selalu sakit, anemic yang berpanjangan tetapi masih aktif bersukan, beraktiviti di sekolah.. Collapse in 2000 ketika saat hampir menduduki PMR, mengalami gangguan memory dan focus (Even soalan math yang mudah pun tidak boleh nk buat - sampai Iffa nangis2 dengan En Khalid minta kelas extra - Terima Kasih Cikgu..Jasamu tidakkan kulupakan..)
  • 2003 - 2007 : Mula mengalami radang sendi, demam panas tiba-tiba and mmg tidak mampu utk bangun n ke kuliah. Disahkan mengidap RA.. menjalani pelbagai rawatan utk RA - modern, homeo, alternatif, syifaa dll... tetapi usaha tidak berjaya...
  • Oct 2006 : Collapse sekali lagi, Liver damaged, nerve attack, severe bleeding on skin internal and external due to steven johnson sindrom.. Was critical and warded for 10 days at PUTRA, Malacca.. (According to Doctor, peluang hidup sangat tipis - berserah & tawakal pada Allah..) Alhamdulillah Allah masih berikan Iffa peluang untuk hidup.. berbakti dan berkongsi tentang cara hidup sihat bersama anda semua hingga hari ini.
Ok, cukup setakat itu ttg sakit iffa.. if nak cerita detail, Iffa boleh terbitkan buku ..(^__^). Ramai yang tidak tahu tentang sakit autoimmune, bagi mereka yang mempunyai ahli keluarga yang mengalaminya barulah ada kesedaran untuk mengetahui ttg sakit ini wujud.. Alhamdulillah di Malaysia, Persatuan SLE Malaysia (PSLEM) sudah mula giat memberikan kesedaran ttg sakit ini.
Baiklah, jika anda semua ingin tahu.. rawatan yang ada untuk pesakit SLE ini ialah dengan pengambilan steroid.. tinggi atau rendah dosenya bergantung kepada activity cell yang menyerang pesakit.. terdapat juga ubat tambahan yang diberikan .. spt plaquenil utk MCTD dll..(hampir lupa sbb sudah hampir setahun Iffa x ambil ubat-ubat ini - jangan marah ye doctor, ubat-ubat itu terlalu byk kesan sampingan, i'd like to stay healthy but with natural ways).
Alhamdulillah, setelah mencari-cari supplement yang boleh membantu Iffa kekal cergas, tidak demam berpanjangan dan dijauhi dari jangkitan penyakit (orang SLE ni senang dpt infection tau)..dan yang penting, Iffa mampu berdiri, berjalan, melakukan kerja-kerja harian tanpa rasa seperti dililit atau berjalan diatas kawat2 duri.. Iffa bertemu Shaklee.. mula-mula makan untuk tambah susu, tapi tergerak hati untuk cuba VIVIX, potion ajaib..kuasa Allah SWT..'

2. Masalah Paru-paru berair dan SLE
Alhamdulillah, selain rawatan oleh pihak hospital, pesakit SLE boleh ikhtiar dengan mengamalkan Vivix Shaklee. Vivix Shaklee menjaga sel DNA manusia supaya berada dalam keadaaan yang sihat di mana ini telah dibuktikan melalui Landmark Study yang telah dijalankan oleh pihak ketiga, iaitu Dr Elizabeth Blackburn iaitu pemenang The Noble Prize in Physiology or Medicine 2009.


Pembelian Vivix

 Klik Untuk Pembelian

Untuk maklumat lanjut dan untuk lebih PENJIMATAN, boleh hubungi saya di whatsapp : 
Najihah 0123807024

Atasi Masalah Kesuburan dengan Resveratrol

Assalammualaikum,


Masalah kesuburan sedikit sebanyak boleh mengganggu kehidupan rumah tangga suami isteri. Apabila usia perkahwinan sudah masuk tahun kedua dan masih belum dikurniakan cahaya mata, adalah dinasihatkan agar bertemu doktor bagi mengenalpasti punca jika ada.


Masalah Kesuburan Lelaki mungkin disebabkan faktor berikut;

1. Gangguan genetik di mana kromosom tidak normal dan menyebabkan kesuburan terganggu. 
2. Gangguan hormon yang boleh mengurangkan bilangan sperma dan kualitinya.
3. Masalah pembuluh darah vena pada saluran sperma yang mengalami pembesaran yang abnormal.
4. Tabiat merokok boleh menyebabkan ketidaksuburan kerana nikotin bersifat mengentalkan darah sehingga gangguan ereksi terjadi.
5. Minuman beralkohol boleh mengganggu hormon yang diperlukan untuk menghasilkan sperma.
6. Radiasi dari alat elektronik juga boleh mengganggu kepekatan sperma dan juga keupayaan sperma untuk berenang laju ke arah ovum.
7. Pengambilan ubat terlarang juga boleh mempengaruhi masalah hormon.

Masalah Kesuburan Wanita mungkin disebabkan faktor berikut;

1. Saluran telur tersumbat terjadi disebabkan oleh penyakit seksual dan keradangan. Masalah saluran telur tersumbat ini menyukarkan sperma untuk berenang ke arah ovum.
2. Masalah cyst juga menghalang pergerakan sperma ke ovum.
3. Masalah endometriosis juga menghalang pergerakan sperma ke ovum
4. Ketidakseimbangan pH pada lendir wanita juga boleh mengakibatkan sperma lelaki mati.
5. Posisi mulut rahim yang tidak normal juga boleh mengakibatkan menyukarkan kehamilan terjadi. 
6. Masalah berat badan berlebihan boleh menggangu pengeluaran hormon estrogen. Ketika menstruasi, wanita hanya memerlukan 17-22% lemak dalam penghasilan hormon estrogen. Lemak yang terlalu sedikit ataupun berlebihan boleh mengganggu kesuburan wanita.
7. Faktor usia yang sudah memasuki umur 35tahun. Wanita akan menjadi kurang subur kerana berkurangnya penghasilan hormon semakin kita meningkat usia dan hingga tiba waktu menopause.
8.Stress juga boleh menyebabkan masalah kesuburan. Ianya menggangu ovulasi dan ovum yang dihasilkan tidak berkualiti. Stress juga menyebabkan ketegangan pada saluran telur dan menyukarkan ovum untuk bergerak. Stress juga menghilang mood wanita untuk melakukan hubungan seksual.

Bagaimana Vivix memperbaiki masalah KESUBURAN ?

Vivix shaklee mempunyai kandungan Resveratrol yang sangat tinggi. Resveratrol ini bertindak sebagai anti-oksidan yang kuat berbanding anti-oksidan yang lain. Ini bermaksud, tinggi anti-oksidan maka semakin berkuranglah "Oxidative Damage". Dengan kata yang mudah, lebih banyak oxidative damage lebih banyak sel menjadi rosak, begitulah sebaliknya.

Testimoni Vivix untuk masalah kesuburan

Fungsi Resveratrol itu tadi juga adalah melindungi telur yang belum atau hampir atau sudah matang daripada oxidate damage. Apabila telur yang 'dilindungi' ini selamat daripada menjadi rosak, ianya mempunyai peluang yang lebih tinggi untuk SURVIVE, MEMBESAR dan DISENYAWAKAN.

Vivix Shaklee mempunyai salah satu mekanisma untuk memperbaiki sel-sel yang rosak atau abnormal. Vivix terbukti berkesan melindungi sel DNA manusia dari kerosakan sel melalui Landmark Study.

Kesimpulannya, Vivix juga membantu meningkatkan kesihatan lelaki dan wanita dengan meningkatkan lagi kualiti benih telur, memanjangkan jangka hayat telur dan sekaligus meningkatkan peluang untuk disenyawakan.

Ikhtiar dengan Vivix. Untuk informasi lanjut dan pembelian, boleh hubungi saya di whatsapp 0123807024 Najihah.

Untuk koleksi testimoni Vivix, sila klik --> TESTIMONI VIVIX

Amna Haneena is ONE


8 January 2017 maka genaplah Amna Haneena setahun. Alhamdulillah, Amna ni happy baby. Lesung pipit dia selalu buat ibu terhibur. Semoga membesar menjadi anak yang solehah, diberi kebahagiaan dan kejayaan di dunia dan di akhirat.

Rawatan Alternatif Untuk Penyakit TIBI

Assalammualaikum,

Tuberculosis (Tibi) atau batuk kering merupakan penyakit berjangkit yang berbahaya dan boleh membawa maut sekiranya tidak mendapatkan rawatan awal dan sempurna. Tibi adalah disebabkan oleh kuman Tubercle Bacili yang biasanya menjangkiti paru-paru dan kuman ini boleh merebak dan menyerang bahagian lain seperti selaput otak, kelenjar, tulang, buah pinggang dan kulit.


Tanda Penyakit Tibi

1. Batuk berlarutan lebih dua minggu
2. Kahak mengandungi darah
3. Mudah letih
4. Hilang selera makan dan susut berat badan
5. Sakit dada semasa batuk dan rasa perit bila menarik nafas panjang
6. Demam dan berpeluh di waktu petang dan malam


Bagaimana Tibi boleh merebak?

Kuman Tibi boleh merebak melalui udara. Apabila pesakit Tibi bersin atau batuk, udara akan tercemar dengan kuman dan individu yang menyedut udara ini akan dijangkiti.

Sekiranya terdapat tanda seperti di atas, perlu lah segera ke hospital bagi mendapatkan rawatan. Pakai topeng mulut dan hidung bagi mengelakkan menyebarkan kuman.

Ikhtiar Pesakit Tibi dengan Vivix

Alhamdulillah ni lah testimoni yang Jiha nak kongsikan tadi. Baru je dapat dari customer merangkap anak Shaklee Jiha siang tadi.

Kisah ini kisah kakak dia, Puan Salasiah yang mengalami penyakit Tuberculosis ataupun Tibi. Bukan Tibi sahaja, dia juga diuji dengan Diabetes, , Darah Tinggi, Buah Pinggang Bocor dan juga SLE. Ikhtiar dengan Vivix bermula September 2016. Puan Salasiah beli 3 botol Vivix bulan tu dan tak pernah miss beli Vivix setiap bulan.


Alhamdulillah ada perubahan positif cuma ada mengalami healing crisis yang agak teruk tapi Puan Salasiah tak pernah miss minum Vivix.

Dan kini, dia sudah bebas dari Diabetes dan Tibi. SLE pun dah tidak aktif.

Jiha dapat tengok gambar sebelum dan selepas. Maaf tak dapat nak kongsikan gambarnya. Tapi memang ketara berbeza. Puan Salasiah sekarang nampak lebih ceria. Jom doakan agar Puan Salasiah terus sembuh dari semua penyakit dan dapat hidup dengan lebih sihat dan ceria bersama keluarga tersayang.

Tak rugi ikhtiar dengan Vivix ni. Jiha dah kongsikan kajian tentang Vivix ni sebelum ni. Ada Landmark Study dan ini lah kriteria yang perlu kita lihat bila memilih supplement demi kesihatan kita

Jom Vivix.
Untuk lebih penjimatan, Jiha cadangkan beli 2 botol Vivix atau lebih sebab anda akan dapat keahlian percuma dan potongan hingga 20%.

Nak konsisten Vivix, lebih bijak jadi ahli.
Hubungi:
Najihah Razali
0123807024

Asid Amino lengkap penting untuk kelangsungan hidup

📣📣Siapa dah berumur 25 tahun perlu beri lebih perhatian pada post ni 📣📣

Jiha nak share sedikit dari pembacaan Jiha tentang kepentingan protein dan asid amino ni ye. Harap bermanfaat. Yang dah berumur 25 tahun ke atas perlu ambil tahu tentang ini.

Selamat membaca :)
.
.

Badan manusia, lebih spesifik lagi, hati manusia menghasilkan 80% asid amino manakala 20% lagi perlu diambil dari diet seharian kita.

Asid Amino yang dihasilkan oleh badan, kita sebut sebagai 'Nonessential amino acids' dan dari diet, kita sebut sebagai 'Essential amino acids'

Nonessential amino acids
-Alanine
-Arganine
-Aspartic Acid
-Citrulline
-Cysteine
-Cystine
-Gamma-aminobutric acid
-Glutamic acid
-Glutamine
-Glycine
-Ornithine
-Proline
-Serine
-Taurine
-Tyrosine

Essential amino acid
-Histidine
-Isoleucine
-Leucine
-Lysine
-Methionine
-Phenylalanine
-Threonine
-Tryptophan
-Valine
.
.
.
20% iaitu Essential Amino Acids itu ialah 9asid amino lengkap yang terdapat dalam soya ESP. Ada lagi sumber lain yang ada 9 asid amino lengkap seperti daging tapi daging mempunyai kandungan lemak yang tinggi.

Bila cukup kesemua asid amino dalam badan, maka protein dalam badan dapat berfungsi dengan baik, membina badan kita dengan baik dimana kadar penyerapan nutrisi lain akan ditahap optimum.
.
.
.
So ambil ESP sahaja dah cukup untuk lengkapkan Asid Amino?

Ok ni lah sebab kenapa orang yang dah berumur 25 tahun perlu beri perhatian lebih. Bila kita dah masuk umur 25tahun, kadar collagen yang dihasilkan oleh badan jatuh mendadak. Collagen terdiri daripada asid amino seperti Proline, Arginine, Glycine, Lysine di mana kesemua ini ialah Nonessential Amino Acid.
.
.
Jadi, asid amino yang dihasilkan oleh badan akan terjejas bila kita mencecah umur 25tahun. Bila keperluan asid amino dalam badan tidak lengkap, maka fungsi badan juga akan terjejas. Pentingnya asid amino dan protein ini sebab ianya yang membina tubuh badan kita. Komposisi penting dalam penghasilan kromosom.

Jadi ambil ESP sahaja tidak mencukupi, kita perlu juga ambil supplement Collagen Powder Shaklee supaya kita dapat keperluan asid amino yang baik dan lengkap.

Sumber protein yang PERLU DIAMBIL bukan sahaja ESP, tetapi perlu ada sekali Collagen Powder. Ini lah sebabnya saintis Shaklee sarankan pengambilan Collagen perlu diambil bila sudah masuk umur 25 tahun. Supaya badan kita dapat cukup asid amino dan protein.

Dapatkan ESP dan Collagen anda sekarang

Hubungi:
Najihah Razali
0123807024

#infosihat
#jomshaklee
#tsunamishaklee
#shakleeEffect
#Amazing10

Telomere yang panjang membantu pesakit KANSER

Assalammualaikum,

Kanser merupakan satu tamparan hebat kepada penghidap dan juga keluarga yang tersayang. Selain menjalankan rawatan di hospital, tentu sekali keluarga akan ikhtiar sebaiknya mencari penawar yang dapat mengurangkan kesakitan ataupun mampu memulihkan.

Dalam pemilihan rawatan alternatif, kita perlu mengkaji dengan lebih teliti. Kita perlu memilih produk yang benar-benar terbukti berkesan. Berkesan dari segi ujian klinikal nya, bukan sekadar testimoni semata-mata.

Telomere dan Kanser

Telomere adalah asas penuaan sel badan manusia. Telomere ialah 'penjaga' chromosome yang membantu sel terbahagi tanpa kehilangan genetik. Pembahagian sel perlu untuk pertumbuhan kulit baru, darah, tulang dan sel lain. 


Apabila sel badan mula menjadi sel kanser, sel itu akan terbahagi dengan lebih cepat dan menyebabkan telomere menjadi lebih pendek. Jika telomere menjadi lebih pendek, ianya akan menyebabkan sel mati dan akan merosakkan lagi fungsi tubuh.

Kebanyakan kanser adalah disebabkan pemendekan telomere seperti kanser pankreas, kanser tulang, kanser prostate, kanser paru-paru, buah pinggang dan lain-lain.

Vivix terbukti memanjangkan Telomere

Kajian terhadap Telomere iaitu The Shaklee Telomere Research LANDMARK STUDY II telah berkerjasama dengan Dr.Elizabeth Blackburn, pemenang The Nobel Prize in Physiology or Medicine 2009 yang juga salah seorang Shaklee Scientific Advisory Board telah menemui bagaimana kromosom dilindungi oleh telomeres dan enzim telomerase. Kajian ini telah menguji kesan kepanjangan telomeres terhadap kesihatan manusia.

Landmark Study II yang dijalankan oleh Shaklee membuktikan pengambilan Vivix, Cinch dan Vitalizer secara konsisten setiap hari selama 5 tahun dapat mengurangkan kadar pemendekan TELOMERE sebanyak 40% !


Kajian ini dibuat ke atas pengguna Vivix yang mengambilnya setiap hari selama 5 tahun. Hasil kajian 40% lebih rendah kadar pemendekkan telomeres, kepanjangan telomeres mereka seperti orang yang umur 40 tahun. Ini menunjukkan Vivix membantu untuk mengekalkan kemudaan, keremajaan, dan membantu mengelakkan dari penyakit-penyakit disebabkan oleh usia yang semakin meningkat.
.
Vivix berfungsi untuk memastikan telomeres kita sentiasa panjang dan sel/DNA terlindung daripada kerosakan atau serangan radikal bebas. Menurut kajian landmark Shaklee juga, telomeres pengguna Vivix adalah 11% lebih panjang berbanding mereka yang bukan pengguna Shaklee.

Ikhtiar dengan Vivix untuk anda dan orang yang tersayang. Vivix boleh diamalkan juga untuk membantu mencegah dari penyakit berbahaya. Untuk pembelian dan maklumat lanjut, boleh hubungi saya menerusi whatsapp di 0123807024 Najihah Razali

Untuk melihat testimoni Vivix boleh klik di --> TESTIMONI VIVIX