Assalammualaikum,
Denggi sahaja sudah buat kita semua tidak senang duduk, apatah lagi kini sudah ada Virus Zika pula yang mula menular di Malaysia. Tentunya orang ramai akan lebih berwaspada terutama sekali kepada ibu-ibu mengandung.
Risiko untuk melahirkan bayi yang akan mengalami komplikasi neuro (otak) adalah sangat tinggi jika ibu mengandung dijangkiti Virus Zika.
Simptom Virus Zika ialah demam, tumbuh ruam, konjuktivitis, rasa sakit pada otot dan sendi, sakit kepala. Biasanya simptom ini akan berlarutan hingga 2 ke 7 hari. Jika anda sudah alami simptom tersebut, boleh segera hubungi:
Hotline Bilik Gerakan Zika 03-88810200 / 03-88810700.
Cara-cara untuk mengatasi penularan Virus Zika
1. Elakkan gigitan nyamuk.
Virus Zika juga dibawa oleh nyamuk Aedes. Jadi pastikan persekitaran rumah dalam keadaan yang bersih, tiada air bertakung yang membolehkan pembiakan nyamuk aedes. Gunakan penyembur serangga yang selamat. Gunakan juga 'lotion mosquito repellent' seperti Herbal Blend, sapu pada kulit bagi mengelakkan gigitan nyamuk. Herbal Blend diperbuat dari bahan semulajadi, jadi ibu mengandung tidak perlu risau. Ianya selamat digunakan.
2. Berhati-hati semasa melakukan hubungan intim bersama suami.
Jika ada kemungkinan suami terdedah dengan Virus Zika (tempat kerja di kawasan berkenaan), perlu lah berhati-hati dalam melakukan hubungan intim kerana Virus Zika boleh dijangkiti melalui hubungan intim. World Health Organization (WHO) menyarankan supaya sentiasa menggunakan kondom ataupun tidak melakukan hubungan intim sepanjang kandungan.
3. Tingkatkan Imunisasi Ibu Mengandung.
Selain mengamalkan Set Prenatal Shaklee (seperti gambar di bawah), ibu mengandung adalah disarankan untuk tingkatkan lagi imunisasi dengan menambah supplement seperti Nutriferon dan juga Garlic Complex. Nutriferon bertindak sebagai 'Immune Booster', manakala Garlic Complex pula sebagai antibiotik semulajadi.
Elakkan juga pergi ke negara yang tinggi kes Zika. Ikhtiar lah supaya diri kita dilindungi dan bayi dalam kandungan juga selamat. Untuk dapatkan Set Prenatal, Nutriferon, Garlic Complex dan juga lotion Herbal Blend, boleh hubungi saya di 0123807024 (Najihah Razali)
Comments
Post a Comment
Thanks Lovelies