Skip to main content

Masalah Slip Disc: Suami perlu turunkan berat badan

Assalammualaikum,

Sakit pinggang biasa pun dah macam ape aje rasanya. Ini kan pula slip disc. Awal Ramadhan tahun ini keluarga kami diuji. Suami Jiha mengadu yang pinggang dia sakit sangat. Ada masanya yang dia tak boleh nak berdiri. Rasa nak terduduk. Sebenarnya dia memang ada history back pain dan pernah dimasukkan ke hospital untuk surgery pada tahun 2011. Tetapi dulu bukan disebabkan slip disc. 

Kami pun ke Hospital Pantai Mutiara dan suami ditahan wad. Perasaan melihat suami sakit dan tak berdaya memang tak tergambar rasanya. Tetapi pura-pura gagah je la. Hehehehe. 5 hari juga di hospital. Bayangkan bulan puasa pula tu. Buka puasa sendiri aje Jiha di rumah. Nak ke hospital, Jiha pula tak boleh memandu malam.



Ok nak kongsi apa saranan doktor. Oh ya suami Jiha ada slip disc di dua bahagian ye. Syukur belum sampai kritikal yang memerlukan surgeri. Cuma memang tak boleh angkat barang berat. Even dukung anak waktu tu pon doktor tak kasi.

Jiha nak kongsi saranan doktor untuk masalah slip disc suami.

1. Melakukan senaman fisioterapi dengan kerap.
2. Elakkan angkat barang berat. Angkat barang dengan postur yang betul.
3. Turunkan berat badan.

Turunkan berat badan hehehe. Suami Jiha memang pemakan orangnya. (samalah isterinya pun). Jadi berat badan suami memang agak overweight. Dah beberapa tahun beratnya tak pernah kurang dari 85kg. 

Syukur selepas pantangkan Amna Haneena, Jiha dah mula dengan pemakanan 'Eat Clean', 'Detox Parasite' dan juga 'Detox Shaklee'. Jadi Jiha sarankan suami untuk buat 'Detox Shaklee'. Selepas melihat meal plan, suami pun bersetuju. Program ini hanya 7 hari dan Alhamdulillah suami berjaya menurunkan berat badan sebanyak 5.6kg. Sebenarnya fungsi utama program ini ialah untuk membuang toksin dalam badan supaya semua nutrien yang diambil selepas itu dapat diserap dengan baik. 

Pengalaman suami menggunakan Set Detox Shaklee


Dalam Set Detox Shaklee ini juga ada Vivix yang mana sangat membantu untuk pesakit slip disc. Vivix membantu dalam proses regenerasi sel dan bagus untuk saraf.

Alhamdulillah, selepas melalui program detox ini, dengan ada nya penurunan berat badan, suami semakin cergas dan sakit belakang pun semakin berkurang. Lega sangat bila suami semakin sihat.

Jadi jika anda mempunyai masalah yang sama dan sangat sukar untuk menurunkan berat badan, boleh la mengikuti program Detox Shaklee ini. Hati-hati dalam memilih pelan diet kerana dikhuatiri akan berlaku diet Yoyo dan berat badan akan semakin bertambah, dan akan memberi lebih beban kepada tulang belakang anda.

Untuk maklumat lanjut tentang program ini, boleh hubungi Jiha di 0123807024 (whatsapp)



Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman Sendiri Punya Cyst Semasa Mengandung

Cyst semasa mengandung? Lately ni dapat tahu beberapa orang yang keguguran sebab cyst dah pecah. Allahu sedihnya tetapi Allah sebaik-baik perancang. Kita kena lah redha dengan segala ketentuan-Nya. Jiha nak kongsi pengalaman Jiha sendiri ada cyst semasa mengandung. Post ini agak panjang dan bereemosi sedikit hehehe. Cyst pada kehamilan ketiga Pengalaman ini bermula pada April 2015 . Instinct rasa macam mengandung ditambah pula dengan period yang tak kunjung tiba. Masa ni anak kedua iaitu Auni Nadra dah pun 2 tahun jadi memang Jiha plan untuk conceive. Pergi ke klinik panel, doktor agak keliru samada yang di scan itu adalah kantung bayi ataupun cyst. Tak sempat tunggu nak jumpa Dr Rosita di Pearl Maternity Hospital, Jiha pergi ke klinik pakar lain malam tu.  'Awak tak pregnant tapi ni cyst' Allah...menitik airmata. Bukan sebab doktor kata tu cyst. Tapi sebab doktor kata 'Awak tak pregnant', sedangkan instinct ni kuat rasa pregnant. Kemudian Jiha ikhtia

Resipi Jawa : Tepung Jewer

Hahahaha pernah dengar tak...   Tepung Jewer...sebutan nya 'Jay wear' (pekatkan rrrr tu untuk lebih bunyi kejawaan hehehe) Ok lah...ni antara menu sarapan atau minum petang yang orang jawa Malaysia selalu makan... (sebabnya ada kenalan Jawa dari Indonesia tak tahu menu ni hehe...) Oh atau pun di kalangan orang India, ianya adalah PURI, mereka biasanya makan dengan kuah kari....tapi kalau orang jawa, semestinya sambal ketuk atau sambal sardin. Ok lah meh nak share resipi Tepung Jewer ni Bahan-Bahan 1. 500gm Tepung gandum 2. 1/4 Butter yang dicairkan atau minyak masak 3. Secubit garam 4. Air secukupnya Uli semua bahan hingga menjadi dough. Pecahkan kepada bulatan dough kecil Biar dough 'sit' dalam setengah jam. Ok dah setengah jam!! Lenyekkan dough secara membulat, jangan terlalu nipis. Goreng 'deep fry' dalam minyak panas. Apabila ianya kembung dan kekuningan, boleh la angkat. Dah hilang panas sikit...boleh l

Sunat bayi perempuan umur berapa yang sesuai??

Alhamdulillah, semalam selamat sunatkan Auni Nadra. Lagi 9 hari nak genap umur dia 10 bulan. Maafkan ibu dik, ibu lupa je. Dulu masa bersalin kan abang Aqeef Danial takda list kan benda ni so untuk awak pon ibu lupa. Masa yang sesuai untuk sunat bayi perempuan Seeloknya awal-awal bersalin tu sunatkan je terus kan. Tapi kes macam Jiha ni, kes terlupa BIG TIME, huhuhu. Tapi ada juga yang tak sampai hati katanya. Saya sampai hati sebab si Abang Aqeef Danial pon dah bersunat masa 5 bulan hehehe. Sunat baby umur 10 bulan di Klinik Syifa Agak cuak lah semalam. Kiterang pilih Klinik Syifa kat Gelugor, sederet je dengan Restoran Minah yang famous itu hehe. Alhamdulillah Doktor perempuan , Dr Arbaiie . Ibu-ibu sangat...MasyaAllah sekejap je rupanya proses sunat bayi perempuan ni. Since ini anak dara sudah besar and kuat melenting-lenting, so doktor suruh ibu pegang paha , ayah pegang tangan. Tak sampai 2 minit kot, siap dah disunatkan. Harga pon sangat affordable, RM20