Assalammualaikum
'Anak Puan tidak boleh hidup lama' . Apa perasaan ibu bapa bila doktor kata macamni? Kalau Jiha rasa gelap dunia, pengsan agaknya. Bila doktor kata anak tiada harapan hidup. Tetapi kita sebagai orang Islam, kena percaya dengan ketentuan Allah. Dan selagi belum tiba masanya, kita perlu lah berusaha dan jangan berputus asa.
Jiha nak share kisah salah seorang 'idola sihat' Jiha. Betapa banyak dugaan kesihatan yang dia lalui dan bagaimana dia menangani semua itu. Diharap dapat memberi semangat kepada anda yang sedang diuji dengan masalah kesihatan yang berat.
Forrest dilahirkan dengan menghidap penyakit tuberculosis dan dijangka tidak dapat hidup lama. Kesukaran bernafas sampai doktor pon mengumpamakan sebagai 'mayat hidup'. In order to survive, Forrest memerlukan udara yang bersih, makanan yang baik dan rehat yang cukup. Demi anak, ibu bapa Forrest ni sanggup pindah ke kawasan pedalaman dan ladang di utara Iowa. Kalau kita pun pasti sanggup lakukan apa sahaja demi anak-anak kan.
Forrest seorang yang kuat semangat, dia dapat hidup lebih lama dari yang dijangka doktor dahulu. Membesar menjadi remaja yang sihat. Berkat usaha ibu bapa nya yang memberi makanan sihat , tumbuh-tumbuhan herba yang tumbuh di ladang mereka. Doktor pun mengesahkan yang Forrest tidak lagi punya penyakit tuberculosis tu
Bangkit dari kesakitan memerlukan semangat yang tinggi tau. Sekali lagi Forrest diuji dengan penyakit yang digeruni iaitu kanser. Forrest menghidap kanser disebabkan 'work nature' dia sebagai seorang chiropractor yang selalu terdedah dengan X-Ray.
Sekali lagi Forrest bangkit,
'I will live'
Itu kata-kata Forrest kepada isterinya.
Dengan kepakarannya tentang makanan dan herba, dia selamat dari kanser.
Hebat kan Forrest. Dialah Dr Forrest Shaklee, pengasas supplement Shaklee. Sejak bebas kanser, beliau memulakan Shaklee Clinic, seterusnya Shaklee Corporation Misinya ialah membantu orang sakit dengan mencukupkan nutrisi. Dan ini juga misi kami sebagai Pengedar Sah Shaklee.
Buat anda yang sedang diuji dengan kesakitan di kala ini. Redha lah dengan ujian Allah ini tetapi jangan sekali-sekali berputus asa. Get the right nutrition, InsyaAllah boleh membantu.
Comments
Post a Comment
Thanks Lovelies