Skip to main content

Pengalaman Turunkan Berat Badan Tanpa Ubat Kurus

Assalammualaikum.

Lama tak kurus. Dan Jiha ni boleh katakan dari zaman belajar dah mula cuba turunkan berat badan. Pengalaman turunkan berat badan memang banyak. Macam-macam produk di pasaran lah Jiha dah pernah cuba. Hasilnya gemok kembali. Itu lah yang dinamakan diet yoyo. Nak turun macam senang, tapi naik lagi senang dan semakin bertambah berat badannya.


Alhamdulillah sejak Jiha berkecimpung dengan Shaklee, banyak mengubah diri Jiha dan salah satunya ialah bagaimana nak turunkan berat badan dengan sihat tanpa ubat kurus. Jiha mula sedar yang perlu turunkan berat badan.


Kesihatan ni penting kan,tiada siapa pun yang terkecuali. Semua kena ambil tahu tentang kesihatan sebab kesihatan diri kita ni, badan kita ni adalah amanah dari Allah S.W.T.

Bagi mereka yang tidak tahu, mereka menganggap supplement Shaklee ini ubat. Supplement ni ialah makanan. Pelengkap nutrisi harian kita sebab mustahil kita dapat nutrisi yang lengkap hanya dari makanan harian kita sahaja. Sel badan kita perlukan lebih lagi zat supaya dapat berfungsi dengan lebih optimum.

Dengan Shaklee, Jiha sedar kepentingan makanan yang bukan GMO, kepentingan makanan organik. Dan Alhamdulillah supplement Shaklee memang sangat istimewa kerana hanya menggunakan makanan bukan GMO dan juga semulajadi.

Dan keluarga Jiha pun sikit-sikit bertukar kepada sayur-sayuran organik, ayam organik. Kena usaha lebih keras lagi lah supaya dapat beli bahan makanan yang organik dan selamat untuk seisi keluarga Jiha. Risau betul dengan makanan zaman moden ni, yang sayuran penuh pestisid nya satu hal, ada yang tiruan pulak tu. Semoga kita dijauhkan lah dari sayuran tiruan tu kan. Nauzubillah.

Apa yang buat Jiha ubah gaya hidup ke arah yang lebih sihat?

Pertengahan bulan April tahun ini, Jiha buat Body Scan di event Shaklee iaitu event group Supermom. Dan Jiha terkejut sangat dengan bacaan Visceral fat. Terlalu tinggi. Jiha tergolong dalam golongan Obese.

Bukan lah tak sedar yang diri ni Obese, tapi mungkin terlalu selesa dengan badan sendiri. Badan semakin mengembang pun tiada tindakan.

Tetapi bacaan Visceral Fat tu memang terasa bagai ditala-tala kepala ini. 12 bacaannya which is VERY HIGH. Visceral Fat tinggi ni risiko untuk dapat masalah lemah jantung sangat tinggi. Bayangkan lemak tebal di sekeliling membaluti jantung kita. Jantung tidak dapat mengepam darah dengan baik. Jantung lemah, darah pun tidak dapat sampai ke seluruh badan dengan baik. Banyak masalah lain akan timbul.

'Allah....aku ada 3 orang anak yang masih kecil'

Tak dapat bayangkan kalau ibu sakit atau tiada lagi di dunia ini akibat penyakit jantung.Nauzubillah. Ajal maut ketentuan Allah, tetapi kita ni bertanggungjawab untuk jaga diri kita sebaiknya.

Dan dari situ lah bermulanya perjalanan Jiha untuk hidup dengan lebih sihat. Bila Shaklee lancarkan program DETOX, terus Jiha buat. Jiha juga amalkan diet #eatClean , sertai program Workout supaya berat badan dapat diturunkan dengan sihat.

Sebelum Shaklee, pernah cuba bermacam-macam produk kurus,tapi semuanya menyeksakan diri, wang poket dan mengakibatkan DIET YOYO. Ku gemok kembali.





Alhamdulillah, hati semakin ceria sejak Jiha ubah kepada gaya hidup yang lebih sihat. Terima kasih Allah, terima kasih Shaklee. Terima Kasih juga kepada kawan-kawan dalam Shaklee yang banyak juga berkongsi tips dan ilmu.

Saya sayang family Shaklee saya.

Najihah Razali
0123807024

'I've lost 21kg since bersalinkan Amna Haneena'

Comments

Post a Comment

Thanks Lovelies

Popular posts from this blog

Pengalaman Sendiri Punya Cyst Semasa Mengandung

Cyst semasa mengandung? Lately ni dapat tahu beberapa orang yang keguguran sebab cyst dah pecah. Allahu sedihnya tetapi Allah sebaik-baik perancang. Kita kena lah redha dengan segala ketentuan-Nya. Jiha nak kongsi pengalaman Jiha sendiri ada cyst semasa mengandung. Post ini agak panjang dan bereemosi sedikit hehehe. Cyst pada kehamilan ketiga Pengalaman ini bermula pada April 2015 . Instinct rasa macam mengandung ditambah pula dengan period yang tak kunjung tiba. Masa ni anak kedua iaitu Auni Nadra dah pun 2 tahun jadi memang Jiha plan untuk conceive. Pergi ke klinik panel, doktor agak keliru samada yang di scan itu adalah kantung bayi ataupun cyst. Tak sempat tunggu nak jumpa Dr Rosita di Pearl Maternity Hospital, Jiha pergi ke klinik pakar lain malam tu.  'Awak tak pregnant tapi ni cyst' Allah...menitik airmata. Bukan sebab doktor kata tu cyst. Tapi sebab doktor kata 'Awak tak pregnant', sedangkan instinct ni kuat rasa pregnant. Kemudian Jiha ikhtia

Resipi Jawa : Tepung Jewer

Hahahaha pernah dengar tak...   Tepung Jewer...sebutan nya 'Jay wear' (pekatkan rrrr tu untuk lebih bunyi kejawaan hehehe) Ok lah...ni antara menu sarapan atau minum petang yang orang jawa Malaysia selalu makan... (sebabnya ada kenalan Jawa dari Indonesia tak tahu menu ni hehe...) Oh atau pun di kalangan orang India, ianya adalah PURI, mereka biasanya makan dengan kuah kari....tapi kalau orang jawa, semestinya sambal ketuk atau sambal sardin. Ok lah meh nak share resipi Tepung Jewer ni Bahan-Bahan 1. 500gm Tepung gandum 2. 1/4 Butter yang dicairkan atau minyak masak 3. Secubit garam 4. Air secukupnya Uli semua bahan hingga menjadi dough. Pecahkan kepada bulatan dough kecil Biar dough 'sit' dalam setengah jam. Ok dah setengah jam!! Lenyekkan dough secara membulat, jangan terlalu nipis. Goreng 'deep fry' dalam minyak panas. Apabila ianya kembung dan kekuningan, boleh la angkat. Dah hilang panas sikit...boleh l

Sunat bayi perempuan umur berapa yang sesuai??

Alhamdulillah, semalam selamat sunatkan Auni Nadra. Lagi 9 hari nak genap umur dia 10 bulan. Maafkan ibu dik, ibu lupa je. Dulu masa bersalin kan abang Aqeef Danial takda list kan benda ni so untuk awak pon ibu lupa. Masa yang sesuai untuk sunat bayi perempuan Seeloknya awal-awal bersalin tu sunatkan je terus kan. Tapi kes macam Jiha ni, kes terlupa BIG TIME, huhuhu. Tapi ada juga yang tak sampai hati katanya. Saya sampai hati sebab si Abang Aqeef Danial pon dah bersunat masa 5 bulan hehehe. Sunat baby umur 10 bulan di Klinik Syifa Agak cuak lah semalam. Kiterang pilih Klinik Syifa kat Gelugor, sederet je dengan Restoran Minah yang famous itu hehe. Alhamdulillah Doktor perempuan , Dr Arbaiie . Ibu-ibu sangat...MasyaAllah sekejap je rupanya proses sunat bayi perempuan ni. Since ini anak dara sudah besar and kuat melenting-lenting, so doktor suruh ibu pegang paha , ayah pegang tangan. Tak sampai 2 minit kot, siap dah disunatkan. Harga pon sangat affordable, RM20