Skip to main content

Derita Migrain Hilang Setelah Amalkan Set Migrain Ini

Bagi orang yang mempunyai masalah migrain, pasti rasa sakit dan tidak selesa hingga boleh menggangu pekerjaan harian. Ada yang hanya mampu terlantar di katil seharian hingga rasa sakit tu sedikit reda. Penat dan risau bergantung dengan ubat tahan sakit. Adakah solusi lain yang boleh bantu meredakan dan menghilangkan terus derita migrain ini. Teruskan membaca.



SUPERMOM SHAKLEE STORY MUSIM KE 3
TESTIMONI 17: MIZAN ADLIA


Assalamualaikum W.B.T

Nama saya Mizan Adlia binti Mohd Shoib, berasal dari Selangor dan berusia 36 tahun. Saya merupakan seorang guru di salah sebuah sekolah di Labuan. Masalah migrain saya memang bermula semasa saya belajar lagi. Akan tetapi tidaklah sekerap mana. 

Setiap kali diserang migrain saya hanya makan 1-2 biji panadol sahaja untuk melegakan rasa sakit kepala. Saya juga tidak pernah merujuk kepada doktor berkaitan masalah migrain memandangkan setiap kali diserang sakit kepala, saya sedaya upaya menahan rasa sakit tersebut dan juga hanya bergantung kepada ubat tahan sakit.

Migrain semakin teruk

Lama kelamaan saya dapati migrain saya semakin kerap menyerang. Saya tidak boleh terlalu sejuk, tidak boleh terlalu panas, keadaan yang terlalu bising juga akan menyebabkan 
migrain saya menyerang. Apatah lagi ketika lapar.

Keadaan semakin teruk apabila saya memasuki alam pekerjaan. Saya akan mengalami migrain sehingga berhari-hari walaupun 4-
5 biji panadol saya telan (2 biji sekali ambil dan kebiasaannya dalam tempoh 1 hari). Kadangkala sudah mengambil ubat tahan sakit, migrain saya tetap tidak hilang.

Bergantung dengan ubat tahan sakit

Menarik-narik rambut, tidur dalam gelap, tidur dengan air mata, muntah memang itulah situasi biasa yang akan dialami ketika diserang migrain apabila saya merujuk masalah saya kepada doktor, doktor memberikan saya ubat migrain yang dikenali sebagai Caffox dan juga ubat tahan sakit iaitu Ponstan. Saya perlu makan kedua-dua jenis ubat ini kerana jika makan salah satu, migrain saya tidak akan pulih.

Menurut doktor yang merawat saya perlukan Caffox kerana Caffox akan melancarkan aliran dari ke otak manakala Ponstan sebagai ubat tahan sakit. Tetapi akibat pengambilan Ponstan, saya di serang gastrik yang melampau. Saya perlu makan makanan berat secukupnya sebelum dan selepas saya mengambil Ponstan.

Setiap kali saya mengambil Caffox di klinik, saya perlu melalui ujian kehamilan terlebih dahulu kerana menurut doktor 
wanita hamil tidak boleh mengambil Caffox.Saya berbincang dengan doktor yang merawat saya supaya dos untuk ubat tahan sakit dikurangkan agar saya tidak terseksa dengan gastrik pula. .

Doktor memberikan saya Paracetamol dos lebih rendah dari Ponstan. Akan tetapi lain pula jadinya. Dos yang diberi 
langsung tidak membantu mengurangkan sakit, akibatnya saya dengan sendirinya menambah dos supaya dapat meredakan migrain.



Dipertemukan dengan Set Migrain Shaklee

Pada tahun 2013 saya mula mencuba Set Migrain Shaklee iaitu Ostematrix dan B Complex. Dua minggu pertama, migrain saya bukan bertambah baik, malah bertambah teruk sakitnya. Sehinggakan terdetik difikiran untuk berhenti sahaja dari mengambilkan Set Migrain ni.

Pada saya seolah-olah set ini langsung tidak memberi kesan, malah membuatkan migrain saya semakin teruk. Tetapi saya kuatkan hati untuk teruskan set migrain Shaklee dan berazam untuk menghabiskan sekurang-kurangnya set yang pertama ini.

Setelah beberapa minggu barulah saya rasa perubahan positif set migrain ini. Dalam tempoh tersebut saya tidak diserang migrain walaupun sekali. Kemudian saya teruskan set sehingga 4 bulan (kandungan B Complex untuk 4 bulan) dan Alhamdullah migrain saya semakin berkurangan. Sekarang migrain hanya akan menyerang pada waktu-waktu tertentu sahaja contohnya beberapa hari sebelum period sahaja.

Kini saya boleh melakukan apa sahaja tugas tanpa risaukan faktor-faktor yang berkemungkinan akan menyebabkan migrain saya kembali. Sehingga kini saya masih mengamalkan Ostematrix setiap malam. Selain menyembuhkan migrain, Ostematrix juga membantu mengurangkan masalah kekejangan kaki saya (simpul biawak) akibat kekurangan magnesium.

Pada mereka yang mengalami masalah seperti saya, suka saya cadangkan agar mencuba Set Migrain Shaklee yang sangat hebat. Formula dari bahan semulajadi membuatkan saya amat yakin dengan Shaklee kerana dengan Shaklee saya mampu lebih cergas dan bebas melakukan tugas. Itulah Shaklee Effect saya!!


Untuk info lanjut dan pembelian supplement Shaklee boleh hubungi saya di --> Whatsapp 0123807024 (Najihah Razali)

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman Sendiri Punya Cyst Semasa Mengandung

Cyst semasa mengandung? Lately ni dapat tahu beberapa orang yang keguguran sebab cyst dah pecah. Allahu sedihnya tetapi Allah sebaik-baik perancang. Kita kena lah redha dengan segala ketentuan-Nya. Jiha nak kongsi pengalaman Jiha sendiri ada cyst semasa mengandung. Post ini agak panjang dan bereemosi sedikit hehehe. Cyst pada kehamilan ketiga Pengalaman ini bermula pada April 2015 . Instinct rasa macam mengandung ditambah pula dengan period yang tak kunjung tiba. Masa ni anak kedua iaitu Auni Nadra dah pun 2 tahun jadi memang Jiha plan untuk conceive. Pergi ke klinik panel, doktor agak keliru samada yang di scan itu adalah kantung bayi ataupun cyst. Tak sempat tunggu nak jumpa Dr Rosita di Pearl Maternity Hospital, Jiha pergi ke klinik pakar lain malam tu.  'Awak tak pregnant tapi ni cyst' Allah...menitik airmata. Bukan sebab doktor kata tu cyst. Tapi sebab doktor kata 'Awak tak pregnant', sedangkan instinct ni kuat rasa pregnant. Kemudian Jiha ikhtia

Resipi Jawa : Tepung Jewer

Hahahaha pernah dengar tak...   Tepung Jewer...sebutan nya 'Jay wear' (pekatkan rrrr tu untuk lebih bunyi kejawaan hehehe) Ok lah...ni antara menu sarapan atau minum petang yang orang jawa Malaysia selalu makan... (sebabnya ada kenalan Jawa dari Indonesia tak tahu menu ni hehe...) Oh atau pun di kalangan orang India, ianya adalah PURI, mereka biasanya makan dengan kuah kari....tapi kalau orang jawa, semestinya sambal ketuk atau sambal sardin. Ok lah meh nak share resipi Tepung Jewer ni Bahan-Bahan 1. 500gm Tepung gandum 2. 1/4 Butter yang dicairkan atau minyak masak 3. Secubit garam 4. Air secukupnya Uli semua bahan hingga menjadi dough. Pecahkan kepada bulatan dough kecil Biar dough 'sit' dalam setengah jam. Ok dah setengah jam!! Lenyekkan dough secara membulat, jangan terlalu nipis. Goreng 'deep fry' dalam minyak panas. Apabila ianya kembung dan kekuningan, boleh la angkat. Dah hilang panas sikit...boleh l

Sunat bayi perempuan umur berapa yang sesuai??

Alhamdulillah, semalam selamat sunatkan Auni Nadra. Lagi 9 hari nak genap umur dia 10 bulan. Maafkan ibu dik, ibu lupa je. Dulu masa bersalin kan abang Aqeef Danial takda list kan benda ni so untuk awak pon ibu lupa. Masa yang sesuai untuk sunat bayi perempuan Seeloknya awal-awal bersalin tu sunatkan je terus kan. Tapi kes macam Jiha ni, kes terlupa BIG TIME, huhuhu. Tapi ada juga yang tak sampai hati katanya. Saya sampai hati sebab si Abang Aqeef Danial pon dah bersunat masa 5 bulan hehehe. Sunat baby umur 10 bulan di Klinik Syifa Agak cuak lah semalam. Kiterang pilih Klinik Syifa kat Gelugor, sederet je dengan Restoran Minah yang famous itu hehe. Alhamdulillah Doktor perempuan , Dr Arbaiie . Ibu-ibu sangat...MasyaAllah sekejap je rupanya proses sunat bayi perempuan ni. Since ini anak dara sudah besar and kuat melenting-lenting, so doktor suruh ibu pegang paha , ayah pegang tangan. Tak sampai 2 minit kot, siap dah disunatkan. Harga pon sangat affordable, RM20