Skip to main content

Plantar Fascitis @ Sakit Tumit Sampai Susah Nak Berjalan

Plantar Fascitis ialah masalah pada tumit kaki. Ligamen yang menyambungkan tulang tumit kepada jari dipanggil Plantar Fascia dan ianya akan menjadi lemah, membengkak dan iritasi. Ini akan menyebabkan kesukaran untuk berdiri mahupun berjalan.

Plantar Fascitis ini kebiasaannya terjadi kepada orang yang berumur 30 an ke atas. Tetapi ianya juga boleh terjadi kepada orang yang lebih muda seperti atlet. 


Simptom Plantar Fascitis

Simptom nya ialah akan berasa sakit bila mula-mula nak melangkah tetapi lama kelamaan rasa sakit akan rasa sedikit berkurang dan pesakit akan meneruskan perjalanan. Sebenarnya ini akan memudaratkan lagi keadaan ligamen yang telah koyak itu. Dan akan mengakibatkan kesakitan yang lebih buruk.


Rawatan terhadap Plantar Fascitis

Rawatannya mungkin berbeza untuk setiap individu. Tetapi antaranya ialah
  • Rehatkan kaki. Kurangkan aktiviti yang boleh mengakibatkan kaki lebih sakit seperti berlari dan berjalan.
  • Untuk mengurangkan bengkak dan kesakitan, boleh tuam dengan ais. Dan anda juga mungkin memerlukan "Pain Killer" untuk mengurangkan kesakitan ini.
  • Buat regangan pada bahagian kaki.
  • Pemilihan kasut 'Orthpedic Shoes' boleh membantu mengurangkan kesakitan.

Pengalaman Menderita Plantar Fascitis @ Sakit Tumit


SUPERMOM SHAKLEE STORY MUSIM KE 3
TESTIMONI 47: NADIA EZDANIE NORAZMAN

[DERITA SAKIT TUMIT BERAKHIR SELEPAS AMALKAN SUPPLEMEN SHAKLEE]


Nama saya Nadia Ezdanie Norazman, berumur 35 tahun dan saya adalah suri rumah sepenuh masa. Saya telah dikurniakan 2 orang cahaya mata.


Pada 23 November 2015 saya di diagnosis dengan “PLANTAR FASCITIS” atau bahasa senangnya sakit tumit. Sakit yang saya alami ini adalah sakit yang teramat sangat sampai takut untuk saya untuk memulakan langkah. Kesakitan terlampau terutama di awal pagi. 
.

Kronologi kes saya ini bermula dari kepulangan saya dari melancong. Pada mulanya saya ingatkan kaki saya sakit setelah penat berjalan masa melancong, mana tidaknya masa melancong tu semua tempat di jelajahi dari gunung sampailah ke lautan. Seharian berehat di rumah, tumit saya masih sakit dan akhirnya pergi berjumpa doktor. Doktor memberikan “PAINKILLER”. Selepas makan ubat tersebut kesakitan saya terubat. Dari peristiwa tersebut sakit tumit akan on off on off.
.

Kesakitan yang teruk saya alami sekali lagi semasa saya melancong lagi dan penderitaannya semakin perit sampai saya tidak boleh berjalan. Apa lagi terus ambil ubat tahan sakit tapi masa itu terasa rugi kerana seharian tidak dapat berjalan dan bershopping kerana saya kena berehat sahaja di bilik hotel. Sampai di Malaysia saya terus mendapatkan rawatan di Hospital. Setelah membuat beberapa ujian klinikal di hospital terutama X-ray doktor mengesahkan saya menghadapi “PLANTAR FASCITIS”
.

Selepas di diagnos dengan penyakit tersebut bermula episod untuk merawat. Setiap kali sakit menjelma peneman setia adalah “PAINKILLER”. Pemilihan kasut juga penting bagi saya. Setiap kasut saya mesti mempunyai lapisan dalam (insole) yang lembut dan selesa. penggunaan kasut/selipar yang sesuai dan selesa ini melibatkan kos pembelian yang mahal, namun kasut yang sesuai mendatangkan kebaikan serta boleh menghindari dari menghidapi sakit tumit ini. 
.

Selain daripada itu saya juga memerlukan suntikan pada bahagian tumit saya. Masa ini saya rasa sungguh menderita, tuhan hanya menarik satu nikmat dari saya tapi saya terasa cukup menderita. Kesakitan pada tumit ini amatlah menderita bagi orang yang mempunyai hobi melancong dan gemar melakukan aktiviti lasak.


Cuba Ikhtiar dengan Supplement Shaklee



Selama beberapa bulan saya hanya bergantung dengan rawatan seperti saya sebutkan di atas. Pada bulan Desember 2016 terdetik di hati untuk mencuba produk Shaklee. Mulanya saya mengambil produk untuk mengurangkan berat badan dan saya berjaya dengan set tersebut. Dari situ saya add on OsteMatrix dan Sustained Release Vita-C Plus. Saya mula mengambil OsteMatrix 4 biji setiap malam dan Vit-C 1 biji sebelah pagi. Setelah sebulan mengambil OsteMatrix dan Vit-C tersebut kesakitan yang saya alami semakin berkurang dan akhirnya saya dapat tumit kaki saya yang dahulu. 


Alhamdulillah, 2 minggu yang lepas saya baru pulang dari melancong dan saya tidak lagi merasai kesakitan yang pernah saya alami. Saya tidak lagi bergantung pada PAINKILLER dan yang paling saya gembira saya dapat menggunakan segala jenis fashion kasut yang ada di pasaran. Pergerakan saya tidak terbatas lagi. Bertambah gembira lagi masalah SINUSITIS/RESDUNG saya juga dapat diubati dan kulit saya bertambah berseri-seri. 


Pelaburan yang saya buat bersama Shaklee berbaloi kerana bila kita menggunakan produk Shaklee untuk 1 tujuan kita akan dapat banyak manfaat dari sudut lain jugak. Kesan Shaklee terhadap saya sangat awesome…Saya dapat menurunkan berat badan saya dan dalam masa yang sama sakit tumit dan resdung saya dapat diatasi. Bak kata dari kawan saya, Sesungguhnya sakit itu MAHAL!!! PREVENTION IS BETTER THAN CURE.
=====================

Alhamdulillah, ada ikhtiar lain daripada bergantung sahaja dengan painkiller. Konsisten dengan Ostematrix dan Sustained Release Vita C untuk masalah sakit tumit anda. Untuk info lanjut dan pembelian supplement Shaklee boleh hubungi saya di --> Whatsapp 0123807024 (Najihah Razali)

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman Sendiri Punya Cyst Semasa Mengandung

Cyst semasa mengandung? Lately ni dapat tahu beberapa orang yang keguguran sebab cyst dah pecah. Allahu sedihnya tetapi Allah sebaik-baik perancang. Kita kena lah redha dengan segala ketentuan-Nya. Jiha nak kongsi pengalaman Jiha sendiri ada cyst semasa mengandung. Post ini agak panjang dan bereemosi sedikit hehehe. Cyst pada kehamilan ketiga Pengalaman ini bermula pada April 2015 . Instinct rasa macam mengandung ditambah pula dengan period yang tak kunjung tiba. Masa ni anak kedua iaitu Auni Nadra dah pun 2 tahun jadi memang Jiha plan untuk conceive. Pergi ke klinik panel, doktor agak keliru samada yang di scan itu adalah kantung bayi ataupun cyst. Tak sempat tunggu nak jumpa Dr Rosita di Pearl Maternity Hospital, Jiha pergi ke klinik pakar lain malam tu.  'Awak tak pregnant tapi ni cyst' Allah...menitik airmata. Bukan sebab doktor kata tu cyst. Tapi sebab doktor kata 'Awak tak pregnant', sedangkan instinct ni kuat rasa pregnant. Kemudian Jiha ikhtia

Resipi Jawa : Tepung Jewer

Hahahaha pernah dengar tak...   Tepung Jewer...sebutan nya 'Jay wear' (pekatkan rrrr tu untuk lebih bunyi kejawaan hehehe) Ok lah...ni antara menu sarapan atau minum petang yang orang jawa Malaysia selalu makan... (sebabnya ada kenalan Jawa dari Indonesia tak tahu menu ni hehe...) Oh atau pun di kalangan orang India, ianya adalah PURI, mereka biasanya makan dengan kuah kari....tapi kalau orang jawa, semestinya sambal ketuk atau sambal sardin. Ok lah meh nak share resipi Tepung Jewer ni Bahan-Bahan 1. 500gm Tepung gandum 2. 1/4 Butter yang dicairkan atau minyak masak 3. Secubit garam 4. Air secukupnya Uli semua bahan hingga menjadi dough. Pecahkan kepada bulatan dough kecil Biar dough 'sit' dalam setengah jam. Ok dah setengah jam!! Lenyekkan dough secara membulat, jangan terlalu nipis. Goreng 'deep fry' dalam minyak panas. Apabila ianya kembung dan kekuningan, boleh la angkat. Dah hilang panas sikit...boleh l

Sunat bayi perempuan umur berapa yang sesuai??

Alhamdulillah, semalam selamat sunatkan Auni Nadra. Lagi 9 hari nak genap umur dia 10 bulan. Maafkan ibu dik, ibu lupa je. Dulu masa bersalin kan abang Aqeef Danial takda list kan benda ni so untuk awak pon ibu lupa. Masa yang sesuai untuk sunat bayi perempuan Seeloknya awal-awal bersalin tu sunatkan je terus kan. Tapi kes macam Jiha ni, kes terlupa BIG TIME, huhuhu. Tapi ada juga yang tak sampai hati katanya. Saya sampai hati sebab si Abang Aqeef Danial pon dah bersunat masa 5 bulan hehehe. Sunat baby umur 10 bulan di Klinik Syifa Agak cuak lah semalam. Kiterang pilih Klinik Syifa kat Gelugor, sederet je dengan Restoran Minah yang famous itu hehe. Alhamdulillah Doktor perempuan , Dr Arbaiie . Ibu-ibu sangat...MasyaAllah sekejap je rupanya proses sunat bayi perempuan ni. Since ini anak dara sudah besar and kuat melenting-lenting, so doktor suruh ibu pegang paha , ayah pegang tangan. Tak sampai 2 minit kot, siap dah disunatkan. Harga pon sangat affordable, RM20