Skip to main content

Posts

Wanita Gemuk Tinggi Risiko Patah Tulang

'Gemuk is awesome'. Pernah dengar orang keluar kan kenyataan ini? Tetapi ternyata kegemukan atau obesiti lebih mengundang banyak risiko kesihatan. Antara risikonya ialah, wanita yang berlebihan berat badan dan obese lebih berisiko tinggi untuk patah tulang.

Satu kajian yang dijalankan telah menunjukkan yang wanita yang melebihi BMI 25kgm−2 mempunyai tahap Vitamin D yang rendah. Ini disebabkan lemak yang berlebihan mengurangkan tahap Vitamin D dalam badan.
Kepentingan Vitamin D Vitamin D membantu penyerapan kalsium dan fosforus. Oleh itu, Vitamin D adalah penting untuk pembentukan dan penyelengaraan tulang, gigi dan fungsi otot. Vitamin D juga menyumbang kepada fungsi normal sistem imun dan boleh membantu mencegah perkembangan auto-imuniti. Gangguan auto-imuniti adalah seperti Type 1 diabetes, Multiple Sclerosis dan Rheumatoid Arthiritis. Vitamin D juga berperangan dalam meningkatkan pembahagian sel yang membawa kepada pencegahan kanser. Kekurangan Vitamin D boleh menyebabkan p…
Recent posts

Baby No 4?

Lama tak cerita perkembangan anak-anak kat Jihapimpom ni. Hehehe biasa lah cerita yang paling banyak dalam ni mesti la pasal anak pertama je, Aqeef Danial. Bila masuk Auni Nadra mula berkurang. Amna Haneena lagi la kan ehehehe.
Anyway now Amna Haneena nak masuk 1tahun 5bulan 8hb June ni. Semakin banyak keletah dia yang selalu menghiburkan semua. Ibu pulak ralit tengok lesung pipit dia tu hehehe. MasyaAllah, Alhamdulilah, Amna Haneena ni memang penyejuk hati ibu betul. 
Baby no 4? 3 bulan lepas kami dikejutkan dengan kehadiran orang baru. Heheheh serius sangat terkejut. Pregnancy sebelum ini memang mengikut perancangan. Dan perancangan kami manusia yang lemah ini, Amna Haneena last la kononnya hehehe. Semua barang baby dah kasi orang. Ada la satu dua je yang dia masih pakai macam rocker dan playyard. 

Rezeki Allah nak beri, kita terima dengan terbuka hati. Alhamdulillah, tahun ini InsyaAllah i'll become a mother of 4. Kalau ikut jarak ngan Amna 1tahun 11bulan nanti sebab EDD 12 De…

Kerap Sakit Perut Tanda Kanser Hati!!!

Kerap sakit perut disangka perut sensitif dengan makanan pedas, rupanya sakit perut ini juga adalah salah satu tanda kanser hati. Sekiranya terlalu kerap sakit perut, segeralah ke hospital untuk pemeriksaan lanjut. Mari kita lihat apa lagi tanda kanser hati.

Tanda-tanda Kanser Hati Turun berat badan secara tiba-tibaHilang selera makanSakit perut / abdomen bahagian atasKerap loya dan muntahLemah dan keletihan melampauBengkak di bahagian perut / abdomenKulit dan mata putih kelihatan kekuninganNajis bewarna putih seakan kapur Punca Kanser HatiHati merupakan 'eliminating organ' dalam tubuh kita. Segala toksin yang masuk ke dalam badan akan ditapis oleh hati kita supaya badan kita dapat berfungsi dengan baik tanpa toksin. Tetapi hati akan menjadi tepu dengan toksin sekiranya proses nyahtoksin tidak berjalan dengan lancar. Ini adalah salah satu penyebab kesihatan hati semakin merosot.
Kanser juga berpunca daripada kronik inflamasi dan juga lambakan radikal bebas dalam badan kita. Banya…

Review Movie 'THE BOSS BABY'. Must Watch...

Weekend baru ni bawa anak-anak berjalan. Since anak-anak nampak trailer The Boss Baby, asek la tanya bila nak tengok. So bawa la juga. Bila check kat GSC online, almost full house. Kat Queensbay yang available row paling depan. Oh No.... So try tengok kat Gurney Mall, Alhamdulillah ok la, dapat row ke 4 dari screen. Takde la mendongak sangat.

Siapa yang ada anak and baby currently, memang la kena pi tengok. We all enjoyed the movie. Amna Haneena for the first time tak tidur masa tengok movie. Pay attention all the time and tak cranky langsung. Maybe dia tengok perangai baby tu macam dia agaknya. Gelak-gelak je kami suami isteri sebab memang macam sama perangai dia. Boss Baby betul Amna Haneena ni hehehe.

Lagi satu, Aqeef pon enjoy sebab watak Tim tu sebaya dengan dia dan Tim tu sangat full of imagination. And kita as parents pun boleh tahu apa perasaan anak pertama tu bila dah ada adik. Do they feel a bit neglected? Kasih sayang terbahagi? Ibu and ayah dan pay less attention kat dia?…

Migrain Teruk Boleh Menyebabkan BUTA

Sakit kepala atau migrain adalah disebabkan perubahan tertentu pada otak. Ia akan menyebabkan sakit kepala yang teruk yang sering disertai dengan sensitif kepada cahaya, bunyi, atau bau. Tahukah anda yang migrain boleh menyebabkan kehilangan penglihatan atau buta?



Migrain okular boleh menyebabkan kehilangan penglihatan atau buta pada sebelah mata yang berlaku kurang daripada satu jam. Kesan ini dapat dialami semasa pesakit migrain sedang menderita migrain yang kuat ataupun selepas beberapa minit lega dari sakit migrain. Kebiasaannya terjadi pada sebelah mata sahaja.

SIMPTOM MIGRAIN
Antara simptom migrain ialah; Sakit mataSensitif kepada cahaya atau bunyiKerap LoyaKerap MuntahKesakitan yang teruk biasanya pada sebelah kepalaPunca sebenar migrain tidak diketahui namun ianya disebabkan oleh perubahan dalam tahap neurotransmitter dalam otak yang dianggap memainkan peranan. Migrain boleh dicetuskan oleh banyak faktor sebagai contoh ; perubahan hormon, stress, ransangan kuat seperti bunyi yan…

Penghidap Diabetes Lelaki ada risiko MATI PUCUK!!

Ya MATI PUCUK. Itu adalah risiko komplikasi orang lelaki yang ada DIABETES. Sekarang tak perlu tunggu tua untuk ada diabetes atau kencing manis ni. Tengok sahajalah pemakanan harian kita sendiri, Berapa gelas teh tarik kita minum sehari. Berapa banyak sudu gula kita ambil sehari. 


APA ITU DIABETES?
Diabetes adalah penyakit kronik yang tidak mempunyai penawar. Diabetes adalah penyakit di mana badan tidak menghasilkan insulin atau menggunakan insulin sebagai hormon yang diperlukan untuk menukar gula, kanji dan makanan lain kepada tenaga yang diperlukan untuk keperluan harian. Terdapat dua jenis utama diabetes;


Type 1 Bergantung kepada Insulin (Insulin-Dependent) - Penyakit autoimun di mana badan tidak menghasilkan sebarang insulin, yang kebiasaannya berlaku kepada kanak-kanak dan orang dewasa. Mereka memerlukan suntikan insulin setiap hari untuk meneruskan kehidupan.Type 2 Tidak bergantung kepada Insulin (Non-Insulin Dependent) - Gangguan metabolik akibat daripada ketidakupayaan badan unt…

'Ladies Vacation' Di The Owl Homestay, Kuala Lumpur

Jadi ibu yang bekerja sepenuhnya dari rumah dan jaga anak ni memang indah tapi memang memenatkan la kan. Tipu la kalau tak penat. Masa untuk diri sendiri tu memang boleh dikatakan takde hahaha. Ibu yang bekerja pon penat jugak, tapi sometimes mereka ada 'me time' la jugak masa lunch break ke.
Jiha masa kerja dulu pon, time lunch tu la nak pergi shopping sikit ke. Sekarang ni dah jadi Wahm memang tak merasa lah sebab nak kemana-mana memang kena bawa anak sekali hehehehe.
Jadi bermulalah idea 'Ladies Vacation' ni. Masing-masing nak kan masa sendiri dengan kawan-kawan baik sahaja. Untuk relax dan recharge diri. Masing-masing minta izin suami. Memang bukan senang nak dapat izin lagi-lagi dari Hairus tu heheheh. Dia fikir risau kalau apa-apa jadi kan jauh. Tetapi bila dah explain semua dia pon izinkan. 

Aktiviti kami berkumpul bukannya nak merayau sangat ke sana sini. More to duduk lepak bersama dan borak. Alhamdulillah kami dah berkawan sejak zaman university lagi. Sebena…