Skip to main content

'Little Helper' ni kira educational toys jugak kot eh hehehe

Alhamdulillah dah sampai pon narang yang di order. Anak-anak bukan main happy lagi sebab parcel kotak besar hehehe

Kira educational toys jugak ni kan

Hehe Little Helper ni educational toys lah kot ni. Sebab mengajar anak-anak kemas rumah. Hehehe Jiha beli ni bukan apa. Auni Nadra ni kalau ibu tengah nak menyapu ke, die sibuk dok berebut penyapu dengan ibu tau. Sabar aje lah. Ni dah ada set 'Little Helper' ni, sila rajin kemas rumah hahahaha.

Oh si abang pon bukan main, dia yang paling beria. Sweep the floor, abes satu ruang tamu dia sweep sweep sweep. Over kau nak.

little helper
Dia ada dua set, macam dalam gambar ni ada broom, mop, sodok sampah tu....yang Auni punya refer gambar bawah nanti ok

Toys dah melambak-lambak

Harapnya ini last beli toys (boleh caya ke ni) hehehe. Pening tengok toys yang melambak-lambak. Nak beli la rak for toys tapi memandangkan space constraint, batalkan niat. Terpaksa lah tunggu masuk rumah baru nanti...(oii lamanya...hari tu lalu baru tanam besi aje hukhuk)

For the time being, semua masuk dalam storage box tiger dia tu... dah membayak dah macam harimau gemok hahaha. Takpe lah nak, janji otak kamu sentiasa berhubung main semua toys ni kan.

Mana nak beli Little Helper ni?

Ok Jiha beli for rm79 from a friend. Harga dah termasuk postage sekali. Ada yang kata kat GM dan Chow Kit boleh dapat lagi murah, tapi tak kuasa mak nak ke sana hehhee. Sebenarnya kekurangan masa, i 
kan bussinesswoman, busy busy busy hehehe. So online shopping is my BEST option

Ok siapa nak beli ni and other toys ( ada nampak kitchen set ke apa, menarik jugak tu)...boleh whatsapp kawan Jiha ni ok

AIDA 0172259168

OK...selamat educate anak anda mengemas rumah....biar rajin... inu ni sebenarnye kurang rajin...suka kemas rumah tapi tak suka banyak-banyak kali. Pening kepala bila tengok barang yang dah kemas pastu sepah balik hahahaha. Sabar aje lah ibu ♥♥♥♥


little helper
New maid in the house
little helper
macam biasa abang yang over hahaha

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman Sendiri Punya Cyst Semasa Mengandung

Cyst semasa mengandung? Lately ni dapat tahu beberapa orang yang keguguran sebab cyst dah pecah. Allahu sedihnya tetapi Allah sebaik-baik perancang. Kita kena lah redha dengan segala ketentuan-Nya. Jiha nak kongsi pengalaman Jiha sendiri ada cyst semasa mengandung. Post ini agak panjang dan bereemosi sedikit hehehe. Cyst pada kehamilan ketiga Pengalaman ini bermula pada April 2015 . Instinct rasa macam mengandung ditambah pula dengan period yang tak kunjung tiba. Masa ni anak kedua iaitu Auni Nadra dah pun 2 tahun jadi memang Jiha plan untuk conceive. Pergi ke klinik panel, doktor agak keliru samada yang di scan itu adalah kantung bayi ataupun cyst. Tak sempat tunggu nak jumpa Dr Rosita di Pearl Maternity Hospital, Jiha pergi ke klinik pakar lain malam tu.  'Awak tak pregnant tapi ni cyst' Allah...menitik airmata. Bukan sebab doktor kata tu cyst. Tapi sebab doktor kata 'Awak tak pregnant', sedangkan instinct ni kuat rasa pregnant. Kemudian Jiha ikhtia

Resipi Jawa : Tepung Jewer

Hahahaha pernah dengar tak...   Tepung Jewer...sebutan nya 'Jay wear' (pekatkan rrrr tu untuk lebih bunyi kejawaan hehehe) Ok lah...ni antara menu sarapan atau minum petang yang orang jawa Malaysia selalu makan... (sebabnya ada kenalan Jawa dari Indonesia tak tahu menu ni hehe...) Oh atau pun di kalangan orang India, ianya adalah PURI, mereka biasanya makan dengan kuah kari....tapi kalau orang jawa, semestinya sambal ketuk atau sambal sardin. Ok lah meh nak share resipi Tepung Jewer ni Bahan-Bahan 1. 500gm Tepung gandum 2. 1/4 Butter yang dicairkan atau minyak masak 3. Secubit garam 4. Air secukupnya Uli semua bahan hingga menjadi dough. Pecahkan kepada bulatan dough kecil Biar dough 'sit' dalam setengah jam. Ok dah setengah jam!! Lenyekkan dough secara membulat, jangan terlalu nipis. Goreng 'deep fry' dalam minyak panas. Apabila ianya kembung dan kekuningan, boleh la angkat. Dah hilang panas sikit...boleh l

Sunat bayi perempuan umur berapa yang sesuai??

Alhamdulillah, semalam selamat sunatkan Auni Nadra. Lagi 9 hari nak genap umur dia 10 bulan. Maafkan ibu dik, ibu lupa je. Dulu masa bersalin kan abang Aqeef Danial takda list kan benda ni so untuk awak pon ibu lupa. Masa yang sesuai untuk sunat bayi perempuan Seeloknya awal-awal bersalin tu sunatkan je terus kan. Tapi kes macam Jiha ni, kes terlupa BIG TIME, huhuhu. Tapi ada juga yang tak sampai hati katanya. Saya sampai hati sebab si Abang Aqeef Danial pon dah bersunat masa 5 bulan hehehe. Sunat baby umur 10 bulan di Klinik Syifa Agak cuak lah semalam. Kiterang pilih Klinik Syifa kat Gelugor, sederet je dengan Restoran Minah yang famous itu hehe. Alhamdulillah Doktor perempuan , Dr Arbaiie . Ibu-ibu sangat...MasyaAllah sekejap je rupanya proses sunat bayi perempuan ni. Since ini anak dara sudah besar and kuat melenting-lenting, so doktor suruh ibu pegang paha , ayah pegang tangan. Tak sampai 2 minit kot, siap dah disunatkan. Harga pon sangat affordable, RM20