Skip to main content

Tips Hilangkan Batuk dan Selsema Bayi tanpa UBAT

Assalammualaikum,

Hi ibu-ibu, saya bercerita dari pengalaman sendiri. Dan setakat ini, ini lah pilihan yang saya pilih untuk anak-anak saya. Hari ni terpanggil nak share Tips macam mana nak hilangkan batuk dan selsema bayi tanpa ubat. Semoga bermanfaat untuk anda semua.


tips hilangkan batuk selsema
Kasihan kalau anak kerap batuk dan selsema

Pengalaman anak pertama yang sering sakit

Anak pertama saya, Aqeef Danial memang sering kena batuk berkahak dan selsema dari baby sehingga umurnya 1 tahun. Hidungnya yang sentiasa meleleh selsema sampai kan sentiasa ditegur oleh orang sekeliling. Dada pun sering berombak laju seperti susah sangat untuk bernafas.

Anak saya dulu mempunyai Pneumonia, Bronchitis, allergy dan eczema dan anak saya juga pernah menjalani operation disebabkan 'glanuloma' di pusat semasa umur 5 bulan. Ujian buat kami sekeluarga. Alhamdulillah.

Dah bermacam-macam ubat makan tapi tetap tak baik juga.

Tips Hilangkan Batuk & Selsema

Alhamdulillah kini dah jarang sangat selsema dan batuk sejak saya amalkan tips hilangkan batuk dan selsema ini.

1. Tinggalkan ubat ini segera
Antara petua yang saya amalkan, ini adalah perkongsian yang saya dapat dari Dr Nadir Khan, di Klinik Wangsa, Dr Nadir Khan dan Rakan-Rakan di Wangsa Maju. Antara ubat yang dilarang;
  • Ubat Batuk
  • Ubat Selsema
  • Ubat Tahan Gatal
  • Ubat Tahan Muntah
Pesan dia juga batuk ni sebenarnya bagus sebab bantu keluarkan kuman dari paru-paru. Tapi saya faham, mesti tak sampai hati kan tengok bayi comel kita terbatuk-batuk.

2. Keluarkan kahak dan kuman dari paru-paru
  • Kaedah steaming
  • Tepuk fisio
  • Sedut hingus
Kaedah di atas sangat bagus untuk mengeluarkan kahak dan kuman dari paru-paru. Klik pada link steaming untuk langkah-langkah.

3. Jaga pemakanan anak 

Saya juga memang jaga pemakanan anak-anak saya, jangan beri buah bila kena selsema sebab buah akan banyakkan lagi kahak. Cuba banyakkan sayur, tapi selalunya banyak mana lah anak nak makan sayur kan. Jadi saya beri lah supplement kat anak saya supaya dapat melengkapkan nutrisi dia. 

Untuk yang berumur 1 tahun ke atas, boleh amalkan supplement berikut;
Pastikan beri anak minum air kosong secukupnya.

Untuk bayi kurang dari 1 tahun;

Ibu perlu menyusu kan bayi dengan lebih kerap. Ibu perlu tambah antibodi badan sendiri dengan baik melalui makanan seimbang dan suppelement. Antara supplement yang bagus untuk meningkatkan imunisasi dan antibodi ibu menyusu ialah
Omega Guard dan Sustained Release Vita C boleh meningkatkan imunisasi, manakala Garlic Complex pula bagus sebab garlic adalah antibiotik semulajadi yang sangat bagus. ESP pula selain memperbanyakkan susu ibu, ia membantu meningkatkan tahap penyerapan vitamin yang lebih bagus dalam badan ibu menyusu,

Ikhtiar Sekarang!!

Jadi jika anda nak bayi dan anak-anak lebih sihat dan nak dapatkan supplement yang saya cadangkan tadi, boleh hubungi saya di 012-3807024. Jangan biarkan batuk selsema berlarutan, takut paru-paru dijangkiti kuman dan keadaan akan jadi lebih teruk pula nanti. Saya memang dah serik la sebab masa anak pertama dulu macam-macam kes disebabkan batuk dan selsema ni. Take care ibu-ibu dan be strong. 

Oh ya untuk respon yang lebih pantas, boleh hubungi saya melalui whatsapp atau Telegram ya.

Comments

  1. Info yang berguna. Saya pernah dengar steaming untuk orang dewasa. Tak pernah pulak terfikir untuk apply kat anak kecik. Thanks for sharing!

    ReplyDelete
  2. Saye juge ade memiliki mesin nebulizer dirumah since baby saye yg sebulan berkahak teruk after kene prolonged jaundice. Kos ulangalik ke klinik adalah lebih tinggi dr memiliki mesin nebulizer di rumah.

    So sesiapa yang berminat untuk mendapatkan mesin nebulizer brand medel, saye ade buat promosi RM210 FREE POSTAGE! boleh hubungi saye utk sebarang pertanyaan ye! 013-3333062 (sms/whatsapp/wechat). Tq :)

    ReplyDelete

  3. Sebenarnya, punca selsema pada bayi dan kanak-kanak boleh dibahagikan kepada faktor intrinsik dan ekstrinsik.

    Faktor-faktor intrinsik yang boleh menyebabkan selsema adalah:
    • alahan kepada diet, habuk, perubahan cuaca dan produk yang dipakai pada badan disebabkan oleh ketidakseimbangan di dalam sistem imunisasi
    • septum hidung yang bengkok

    Faktor-faktor ekstrinsik yang boleh menyebabkan selsema adalah:
    • infeksi seperti jangkitan influenza
    • perubahan cuaca seperti hujan atau cuaca panas terik
    • udara yang kering


    ReplyDelete

Post a Comment

Thanks Lovelies

Popular posts from this blog

Resipi Sambal Kicap Style Orang Johor Jawe

Salam semua... Hehehe Jiha nak share resipi Sambal Kicap Style Orang Johor. Ada beberapa version mengikut kegemaran Jiha dan juga suami. Jadi boleh la nak try version yang mana-mana pun ye.
Version 1 : Kegemaran Sang Isteri (Jiha la hehehe)Bahan-Bahan Cili Api/Padi segenggam (ikut suka nak pedas banyak mana) Bawang Putih 4 ulas Kicap Sedikit Garam dan Gula
Cara-Cara nya 1. Goreng dulu cili api/padi dan bawang putih (tak perlu hiris) 2. Masukkan yang dah digoreng dalam blender, masukkan kicap, garam dan gula dan Blend 3. Siap
Version 1 ni Jiha suka sebab pedas betul, makan dengan sup atau soto memang terangkat hehehe.
Version 2 : Selera Suami ku (Yus)Bahan-Bahan Cili Api/Padi 4-5 biji Cili Hijau 5-6 biji Bawang Putih 4 ulas Kicap Sedikit Garam dan Gula
Cara-Cara nya 1. Goreng dulu cili api/padi, cili hijau dan bawang putih (tak perlu hiris) 2. Masukkan yang dah digoreng dalam blender, masukkan kicap, garam dan gula dan Blend 3. Siap
Beza Version 2 ni ialah cili hijau tu je sebab dia nak…

Sunat bayi perempuan umur berapa yang sesuai??

Alhamdulillah, semalam selamat sunatkan Auni Nadra. Lagi 9 hari nak genap umur dia 10 bulan. Maafkan ibu dik, ibu lupa je. Dulu masa bersalin kan abang Aqeef Danial takda list kan benda ni so untuk awak pon ibu lupa.
Masa yang sesuai untuk sunat bayi perempuan
Seeloknya awal-awal bersalin tu sunatkan je terus kan. Tapi kes macam Jiha ni, kes terlupa BIG TIME, huhuhu. Tapi ada juga yang tak sampai hati katanya. Saya sampai hati sebab si Abang Aqeef Danial pon dah bersunat masa 5 bulan hehehe.
Sunat baby umur 10 bulan di Klinik Syifa
Agak cuak lah semalam. Kiterang pilih Klinik Syifa kat Gelugor, sederet je dengan Restoran Minah yang famous itu hehe. Alhamdulillah Doktor perempuan , Dr Arbaiie. Ibu-ibu sangat...MasyaAllah sekejap je rupanya proses sunat bayi perempuan ni. Since ini anak dara sudah besar and kuat melenting-lenting, so doktor suruh ibu pegang paha , ayah pegang tangan. Tak sampai 2 minit kot, siap dah disunatkan. Harga pon sangat affordable, RM20 sahaja. Lepas sunat tu d…

Tips Kulit Cantik : Kepentingan Masker Muka untuk elak muka berkedut!!

Salam semua, hari ini Jiha nak share pasal Masker Muka. Dan nak cerita tentang kepentingan Masker Muka ni. Sesiapa nak elak muka berkedut kene baca sampai habis ok.
Kenapa pentingnya pakai Masker ni? Mencuci muka hanya menghilangkan kotoran di permukaan muka, tetapi tidak di bawah lapisan kulit. Masking ni membantu untuk exfoliates sel-sel kulit yang dah mati dan memastikan pori kita sentiasa bersih. So penggunaan toner, hydratind cleanser, cream akan berfungsi dengan lebih baik sebab pori dah bersih. Best kan??
Berapa kerap nak pakai Masker? Ok lepas cuci muka, boleh pakai masker terus, selepas tu baru lah nak pakai toner dan moisturizer ke. Untuk kulit normal, boleh pakai 2-3 kali seminggu Untuk kulit kering, boleh pakai 1-2 kali seminggu Untuk kulit berminyak, boleh pakai 3-5 kali seminggu
INGAT!! Pada yang ada suami tu, hehehe kalau boleh pakai lah time dia takda. Time dia ada make sure muka cun cun segar aje ok hehehe
Jenis-jenis Masker? Macam-macam kat pasaran ada kan, ada jenis pe…