Skip to main content

Ais Sarbat @ Ais Tingkap di Pulau Pinang

Assalammualaikum,

Jiha tahu pasal Ais Sarbat @ Ais Tingkap ni pun sebab tengok kawan yang holiday di Penang dan tengok tv Show 'Best In The World' kot. Macam menarik je Ais Sarbat ni. Nampak refreshing. So kalau sesiapa nak jalan ke Penang boleh la cuba juga ye.

ais tingkap


Sabtu lepas, selepas pekena Roti Canai Transfer Road, ajak la Yus terus ke Pasar Chowrasta tu nak cari la Ais Sarbat ni kan. Tapi tutup. Hampa betul makyung ni tau. Masa tu pukul 1030am. Maybe belum buka lagi. Nampak stall cendol pun baru nak setup. Mungkin kalau datang tengahhari sikit dah bukak kot ye. So kami pun pulang.

Esok nya Ahad, ajak lagi Yus ke sana hahahahhaa. Bukan apa, sebab weekend ni nak turun KL untuk National Conference Shaklee kan, lepas tu weekend lagi satu tu dah puasa kalau tak silap. So kena pergi juga. So Ahad tu, agak lewat la kami sampai dalam pukul 6pm jugak. Alhamdulillah buka.

Ais Sarbat @ Ais Tingkap ni terletak di Lebuh Tamil, betul-betul lorong sebelah Pasar Chowrasta tu. Kalau search GPS InsyaAllah jumpa.

Dapat la juga merasa ais sarbat ni, tapi to be honest, kalau tapau lagi syok kot. Sebab stall dia agak stuffy dan berbau sikit. (Dah la makyung hidung sensitif). Yus hairan macammana wife dia ni boleh tahan. Sebenarnye sebab excited dapat juga minum ais sarbat ni. 

Ahahahaha lagi buat gempak...tengah dok tu, ada cik tikus besar berlarian. Angkat kaki atas kerusi. Ok lah nak cerita pasal Ais Sarbat ni.

Dia macam campuran air kelapa, selasih dan macam Mirinda Strawberry tapi tanpa gas. Ni yang kami rasa la. Kalau baca artikel pasal ais sarbat ni, dia macam campuran herba-herba semua. Ntah lak kami tak rasa pulak. Tapi tak sangka la begitu je airnya. Tapi memang segar juga la. Dapat minum time panas lagi syok  kot ye.

Kagum juga dengan anak-anak boleh minum biji selasih tu. Ibu dulu masa kecik, memang tak lalu hehehe. Ais Sarbat segelas RM2, kalau bungkus RM2.50 kalau tak silap

Sebelah stall Ais Tingkap ada juga jual Mee. Kesian pakcik tu tua sangat dah, Terbongkok buat kerja dan mungkin mata kurang nampak agaknya. Sepinggan rm2.50. Rasa so-so la.
Ni pun boleh tahan juga la. Garing dan Auni Nadra sangat suka. Coq Udang dan Takua (Tauhu). Satu set ni RM2.40
Ok ni cuti sekolah ni, kalau jalan ke Penang, boleh la tuju ke sini ye. Lagipun dekat dengan makan spot area town ni. Nasi Kandar Line Clear (hahaha tak penah makan situ, tapau penah lah), cendol kat Pasar Chowrasta tu pun sedap juga. Hah yang lagi syok, sekarang ni dah nak mula musim durian balik pulau. Boleh la makan durian yang sedap-sedap macam Udang Merah, Isi Merah, Musang King semua tu hehehe. 

Heheh tapi makan berpada-pada la ye. Kena bawa bekal Lecithin dan Omega sekali ye hehehe.

Enjoy!!!

Comments

  1. Huwaaaa nampak cam dap dap. Nanti bole cuba bila pi Penang. Rindu Penang :')

    ReplyDelete

Post a Comment

Thanks Lovelies

Popular posts from this blog

Pengalaman Sendiri Punya Cyst Semasa Mengandung

Cyst semasa mengandung? Lately ni dapat tahu beberapa orang yang keguguran sebab cyst dah pecah. Allahu sedihnya tetapi Allah sebaik-baik perancang. Kita kena lah redha dengan segala ketentuan-Nya. Jiha nak kongsi pengalaman Jiha sendiri ada cyst semasa mengandung. Post ini agak panjang dan bereemosi sedikit hehehe. Cyst pada kehamilan ketiga Pengalaman ini bermula pada April 2015 . Instinct rasa macam mengandung ditambah pula dengan period yang tak kunjung tiba. Masa ni anak kedua iaitu Auni Nadra dah pun 2 tahun jadi memang Jiha plan untuk conceive. Pergi ke klinik panel, doktor agak keliru samada yang di scan itu adalah kantung bayi ataupun cyst. Tak sempat tunggu nak jumpa Dr Rosita di Pearl Maternity Hospital, Jiha pergi ke klinik pakar lain malam tu.  'Awak tak pregnant tapi ni cyst' Allah...menitik airmata. Bukan sebab doktor kata tu cyst. Tapi sebab doktor kata 'Awak tak pregnant', sedangkan instinct ni kuat rasa pregnant. Kemudian Jiha ikhtia

Resipi Jawa : Tepung Jewer

Hahahaha pernah dengar tak...   Tepung Jewer...sebutan nya 'Jay wear' (pekatkan rrrr tu untuk lebih bunyi kejawaan hehehe) Ok lah...ni antara menu sarapan atau minum petang yang orang jawa Malaysia selalu makan... (sebabnya ada kenalan Jawa dari Indonesia tak tahu menu ni hehe...) Oh atau pun di kalangan orang India, ianya adalah PURI, mereka biasanya makan dengan kuah kari....tapi kalau orang jawa, semestinya sambal ketuk atau sambal sardin. Ok lah meh nak share resipi Tepung Jewer ni Bahan-Bahan 1. 500gm Tepung gandum 2. 1/4 Butter yang dicairkan atau minyak masak 3. Secubit garam 4. Air secukupnya Uli semua bahan hingga menjadi dough. Pecahkan kepada bulatan dough kecil Biar dough 'sit' dalam setengah jam. Ok dah setengah jam!! Lenyekkan dough secara membulat, jangan terlalu nipis. Goreng 'deep fry' dalam minyak panas. Apabila ianya kembung dan kekuningan, boleh la angkat. Dah hilang panas sikit...boleh l

Sunat bayi perempuan umur berapa yang sesuai??

Alhamdulillah, semalam selamat sunatkan Auni Nadra. Lagi 9 hari nak genap umur dia 10 bulan. Maafkan ibu dik, ibu lupa je. Dulu masa bersalin kan abang Aqeef Danial takda list kan benda ni so untuk awak pon ibu lupa. Masa yang sesuai untuk sunat bayi perempuan Seeloknya awal-awal bersalin tu sunatkan je terus kan. Tapi kes macam Jiha ni, kes terlupa BIG TIME, huhuhu. Tapi ada juga yang tak sampai hati katanya. Saya sampai hati sebab si Abang Aqeef Danial pon dah bersunat masa 5 bulan hehehe. Sunat baby umur 10 bulan di Klinik Syifa Agak cuak lah semalam. Kiterang pilih Klinik Syifa kat Gelugor, sederet je dengan Restoran Minah yang famous itu hehe. Alhamdulillah Doktor perempuan , Dr Arbaiie . Ibu-ibu sangat...MasyaAllah sekejap je rupanya proses sunat bayi perempuan ni. Since ini anak dara sudah besar and kuat melenting-lenting, so doktor suruh ibu pegang paha , ayah pegang tangan. Tak sampai 2 minit kot, siap dah disunatkan. Harga pon sangat affordable, RM20